Sunday, December 26, 2010

Kontez: Your URL Story Contest

Assalamualaikum semua!

Perkara penting yang perlu dilakukan segera ialah:

1) Buat satu entry and letakkan gambar contest yang haruslah di linkkan ke entry si pencipta contest:  

Kelik gambar di atas untuk di linkkan ke page pencipta contest yerr.

Entry kali ni adalah pasal Your URL Story Contest. Well, based on nama contest, semua dapat agak kan contest nie tentang apa.

Memandangkan URL aku memang ada story disebalik penciptaannya, aku tanpa segan serta silu terus tertimbul minat untuk juin. Keh keh keh.

Tanpa panjang cerita. Ayuh, LAYAN~




2) Cerita and story mory pasal blog URL aku:


Okay, setelah mendapat mimpi untuk buat blog lagi 1, aku ponnn tercari-cari URL yang sesuai and kononnya nak URL yang ala-ala comel-comel ayu gituh. Sampai google kan jenis URL yang best untuk dapatkan ilham. Cari punya cari last last aku jadi malas sebab tak jumpa yang sesuai.


Dengan malasnya, aku pon terus letak taknaksayur.blogspot ja. Sebabnya aku memang tak suka sayur and tak boleh makan sayur. Nanti mula la aku rasa mual semacam kalah orang morning sickness taww.


Disebabkan aku tak suka sayur, so setiap kali order makanan terpaksa cakap "Burger taknak sayur 1", "Mee Goreng taknak sayur 1", "Nasi Goreng Cina taknak sayur 1", "Laksa taknak sayur 1" and sebagainya. huhu sampai pakcik makcik kat pasar malam and cafe kolej aku ponn da boleh kenal. Keh keh keh glemer ouh aku.


So, ungkapan seharian aku ni telah megilhamkan URL blog aku. Heh heh diharap cik pencipta contest puas hati dengan story aku lah eh. :D



3) Tag 2 orang untuk join:

Disini aku telah mentag sekaligus menjemput dua rakanku yang bertuah yaitu:





4) Tinggalkan link entry di komen entry contest cik pencipta contest. Heh asal cam berbelit sikit ayat ni ha? Hrmm~


 All 4 checklists: DONE! Tingkiu~ >___________<

Saturday, December 25, 2010

Me: Selamatkan Aku

Assalamualaikum semua! >___<


Entry malam nie pendek ja.Well, lagi 3 jam nak bertolak balik ke KL.  Memandangkan sejak dua tiga menjak nie banyak ekciden melibatkan bas-bas. So menjadi kebiasaan bagi aku untuk merasa takot. Hikhiu~ Hikhiu~ +.+"


KL, I'm coming lagi!






Memang sedih nak tinggalkan family aku yang tersayang. Buat pamili aku yang disayangi, Take Good Care of yourself. Kita jumpa lagi time cuti raya cina nanti.


Hehheh lagaknya cam budak baru masuk U lak kan. Homesick! ahaha tapi well, itulah aku setiap kali nak masuk sem baru memang homesick. Miahaha.






Diharapnya aku selamat sampai ke KL and tiba di rumah sewa dengan selamat. 


Pliss pliss~ ramai-ramai doakan keselamatan aku key?


Disamping itu aku jugak nak mintak ampun and maap kepada semua yang mengenali diri ini atas segala salah and silap aku..


Sehingga berjumpa lagi, baibai semua!




P/S : Jangan lupa singgah selalu kat blog nie and tinggalkan jejak. And disamping itu, rajin-rajin lah kelik nuffnang yerr. Well, duk KL nie semua belanja naik. Kota Metropolitan lah katakan. Ahaks~

Thursday, December 23, 2010

Info: Occupational Therapy or Terapi Carakerja

Assalamualaikum!
Korang semua tau tak tajuk post nie menda alah hape? Tak tau? Kebanyakan orang kalaw aku sebut 2 ketol perkataan tuh mesti buat-buat muka tau then bila aku tanya balik tau ke tak baru nak ngaku tak tau. Ceiiitt!

Inilah kos yang aku amek under Fakulti Sains Kesihatan di UiTM Puncak Alam. Tujuan aku buat entry pasal kos yang aku amek ni sebab nak memfofularkan la sikit sebanyak kos nie kat orang-orang awam sebab kos aku ni tak dikenali. Sadis! Sedih!

Occupational Therapy (OT)



Satu pekerjaan yang menggunakan terapi atau aktiviti untuk memulihkan seseorang yang hilang keupayaan. 

Tujuan : 
Mengembalikan atau memaksimakan keupayaan seseorang dalam melakukan aktiviti seharian.

Setting pekerjaan: 
Hospital, Rehab Center , Mental Health Center, dll

Jenis pesakit yang diberikan rawatan pemulihan: 
  • Orthopedic : Patah kaki, patah tangan, etc

  • Neuro-surgery: Stroke, Burn, etc


  • Pediatrics: Down's Syndrome, Cerebral Palsy, etc

  • Psychiatric: Schizophrenia, Bipolar, etc


P/S: So, ingin aku tegaskan bahawa kami berbeza dengan physiotherapy yerr. Don't get confused lak! Tapi kadang-kadang kalaw aku malas nak explain, aku cakap aku nie physiotherapy ja hakhak. kami jugak bukan Doctor mahupun Nurse.


P/S: By the way, inilah bidang pekerjaan aku. Hopefully InsyaAllah aku akan grade dan menjadi seorang Occupational Therapist. so, agak-agak ada masalah macam diatas bolehla mai jumpa aku nanti. Leave your contact number kat comment eh. Ahaks~ 

Info: High Heeled Shoes sebab Mandul

Mostly girl memang suka pakai high heeled footwear or dalam bahasa jawanya kasut bertumit tinggi. Betul tak? Siapa yang suka boleh hands up eh.



Menurut Jimmy Choo (kaw kenal tak sapa Jimmy Choo tuh? kalaw tak kenal kaw pandai-pandai lah google eh). Okay menurut Jimmy Choo ;
  • Tumit yang less than 2.5 inches - Low heel
  • Tumit yang between 2.5 and 3.5 inches - Medium heel
  • Tumit yang higher than 3.5 inches - High heel

Pempuan memang suka pakai kasut bertumit-tumit nie.Memang banyak sebab kaw nak pakai kasut tumit tinngi nie. Antaranya:

  • Kaw nak nampak tinggi. 
  • Kaw nak nampak kaki kaw panjang.
  • Kaw nak nampak sekci. (kononnya~)
  • Kaw nak bagi muscle kat kaki nampak lebih cunn.
  • Kaw jugak nak bagi gleutus maximus kaw nampak menawan.
  • Kaw nak kasik belakang kaw up sikit hehe.
  • Kaw nak ikot trend and peshen terkini.
  • Kaw memang minat gila tahap abas dekat kasut tumit tinggi.


Dan lain-lain lagi bergantung kepada sesuatu individu.




Memang best pakai kasut tumit tinggi sebab kaww akan nampak tinggi semcam then rasa cam cantik dan anggun tetiba hakhak.  Dengan serta mertanya konfident kaw pon akan bertambah.



Aku tergolong dalam kalangan insan yang tidak selalu pakai kasut tumit tinggi maybe sebab aku da tinggi kott. Tinggi aaii 168 yuu. Tinggi tak? haha. Kalaw tak sangkut kat muka, dah lama aku jadi model. hakhak berangan lagi! aku nie bukan tak pakai langsung kasut tumit tinggi nie cuma aku pakai time event-event penting ja. Contohnya, annual dinner or time aku kawin nanti tapi bergantung jugak dengan ketinggian laki aku.


Seperti semua dah maklum yang pakai kasut tumit tinggi boleh bagi banyak side effects or complication kat badan si pemakai. Contohnya, sakit kaki, sprains, fractures, tak boleh lari, pastu kaw punya gait berjalan da rosak sikit.



Tapi tadi aku telah terjumpa artikel mengatakan gynecologist telah memberitahu bahawa tumit tinggi boleh menyebabkan MANDUL! Ayokkk habislaa korang! Asal lak kan?


Perempuan yang pakai high heel dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan satu condition dipanggil ectopic uterus,keadaan teruk yang boleh menyebabkan kemandulan.

Ectopic uterus or ectopic pregnancy nie adalah keadaan dimana kaw mengandung kat luar rahim(uterus). Sepatotnya, benih fertilize dekat uterus, tapi benih tak sempat sampai dekat uterus, benih tu akan fertilize di Falopian Tube kaw. So menyebabkan kemandulan lah.

Tubal pregnancy


Hal ini terjadi bila kaw pakai tumit tinggi kaw tuh lama-lama sangat and meyebabkan pelvic kaw jadi tilt dan lama-lama akan menjadi pelvic displacement (pelvic kaw akan lari dari tempat kedudukan asal). Keadaan nie lak akan menjadikan uterine kaw lebih ke hadapan dari tempat yang sepatutnya.


Huhh! Paham tak weyy dengan penjelasan aku yang panjang lebar ni???


P/S : Ingin aku tegaskan bahawa memakai kasut tumit yang terlalu tinggi pada jangka masa yang lama adalah merbahaya. Boleh menyebabkan kemandulan ok? Bukan main-main punya complication taww.


sources: Jimmy Choo, Gucci, Medical Dictionary, MayoClinic.

Wednesday, December 22, 2010

Info: 30 Tanda Jatuh Cinta

Memandangkan tadi aku baru lepas dengar lagu jiwang yang meruntun perasaan so tergerak untuk buat post pasal C.I.N.T.A aka LOVE or dalam bahasa korea SARANG. (bukan sarang burung or sarang nyamuk)



Kembali kepada topik, aku telah terbaca pasal artikel nie and terlintas untuk share dekat sini plak. So masing-masing boleh buat checklist eh. Kalaw lengkap 30 tanda. SAH, terang lagi bersuluh. YOU ARE IN LOVE!
Congrats~

Okay stop repekan! Back to topic.

TANDA-TANDA JATUH CINTA. 
Sila semak eberiwan yerr. (memang perosak English!)


1. Sukar melelapkan mata
Tiap-tiap malam sebelum tidor kan, mulalah teringat-ingat dia. Celik nampak muka dia, pejam nampak muka dia. memang susah la kao nak tido. Last-last bangun blogwalking. Hihi
2. Perasaan sentiasa berdebar
Mulalah dup dap dup dap bila nampak dia, dengar suara dia. Pastu bila nampak nama dia appear online kat YM or Facebook, tetiba pulak tett tett bunyik mesej or call muncul nama dia, memang kao dup dup dap abes. Hihi
3. Suka ambil tahu
Kao mula start busybody and jaga tepi kain pelikat or kain batik dia. Semua pasal dia kao nak tau. Abes kao korek rahsia dia sampai lubang cacing kerawit.
4. Resah gelisah
Kao mula lah rasa resah sana sini, gelisah sana sini bila tengok dia tak datang kelas ke or tak datang cafe macam hari-hari sebelum ni.
5. Dihinggapi cemburu
Bila dia sembang or chit chat dengan kawan-kawan lain, kao ponn jadi jeles sebab kao nak dia layan kao sorang ja. Kejelesan kao tuh sangat lah obvious sampai kawan-kawan lain ponn nampak.
6. Hobi baru, termenung
Muncul pulak hobi baru dalam hidup kao. Bila free free time mulala kao ponn berangan sampai tak sedar khabar orang sekeliling. Maw tak nya sebab dalam kepala kao duk bayangkan si dia ja. Ececey ;P
7. Dating
Ada sajalah alasan kao create semata-mata nak jumpa dia. Padahal kao baru naik atas bilik pas jumpa dia tadi. Dan-dan la kao mesej dia cakap nak pinjam pen lah. So kena jumpa. Okay itu contoh yang over. :P
8. Rindu.
Memang tak terkawal perasaan rindu kao kat dia. Asyek terbayang muka dia ja. Sampai nak study sejarah ponn nampak muka Rentap jadi muka dia. Then kao kelip kelip mata dua tiga kali baru nampak muka Rentap balik. Agi Idup Agi Ngelaban!
9. Bergayut di telefon
Walaupun bil telefon lani mahal. Maxis youth club ponn dah naikkan call rates. Kao sanggop bergayut lama-lama kat telefon dengan dia. Last-last kao penat topup then ambik pulak Celcom 1+5. Save la sikit.
10. Berubah citarasa
Sebelum nie kao minat rock, heavy metal dan hip hop ja. Rock the world man! Bila kao dah tangkap cintan, terus jadi minat kat lagu jiwang-jiwang. Contoh satu lagu jiwang yang best aku bagi: Romance Band-Ku Ingin Kamu.
11. Memberi hadiah
Kao ponn start save duit ikat perot sebab nak bagi dia hadiah. Kalau boleh tiap-tiap hari nak bagi hadiah tapi sebab bajet ciput, ko terpaksa bagi tiap-tiap bulan ja. Tapi yang penting, kalaw time birthday dia, memang kao akan cari hadiah terbaik walaupon mahal. Well, cinta punya pasal beb.
12. Awal ke tempat kerja/ kelas
Kalaw dia satu kelas, satu kolej or satu tempat kerja, kao jadi bersemangat datang awal sebab tak sabar nak jumpa dia. Tak sempat pakgad nak bukak pintu kao dah terpacak kat sana.
13. Lebih rajin
Prestasi or performance kao makin meningkatlah sebab kao lebih bersemangat untuk bekerja and belajar.
14. Menjaga penampilan
Penampilan kao punn tak lagi sederhana, kao terus menjga penampilan. Nak bagi dia tengok kau sentiasa cantik/handsome. Yang lelaki kalaw selalu potong rambut kedai mamak terus pergi ke saloon sebab nak wat hairstyle korea tambah-tambah kalaw dia suka awek macam aku. Hakhak. Yang perempuan pulak sibuk search internet cari style lilitan selendang yang terbaru nak kasi nampak cantik dan bergaya.
15. Defensif
Kao memang sentiasa bela ja dia tuh. Pantang ada orang lain mengata kat dia, mesti kao bagi fire in the hole. Tepat kena sasaran!
16. Merajuk
Pastu kan kao mulalah cepat merajuk. Dia buat or cakap salah sikit, kao ponn merajuk. Sampai sanggup tak makan or tak cakap dengan dia sampailah dia pujuk kao balik. Hehe merajuk manja manja la tuh.
17. Mudah bersalah sangka
Kao cepat bersangka buruk kat dia. Contohnya, kao call dia sampai lima kali tapi tak angkat. Kao ponn mula kata dia dah tak sayang kao and tak bagi perhatian kat kao. Padahal dia dalam jamban cirit birit sebab tuh tak dapat angkat call kao.
18. Sentiasa kata ‘Ya’
Senang senang ja kao jawab 'Ya' walaupun kadang-kadang kao tak setuju apa yang dia kata or apa yang dia suruh buat. Dengan nak pak kao pon, kao tak jawab 'Ya' macam tu, tapi dengan dia kao boleh pulak 'Ya' sna 'Ya' sini.
19. Sanggup berkorban
Sanggup berkorban apa saja demi dia. Dia suruh kau terjun longkang taik sebab nak amek brooch mahal beli dari Korea ponn kao sanggop.
20. Jadi orang lain
Tiba-tiba kao jadi macam pelakon lak. Depan dia punya la kao romantis, tough, macho, ayu, sopan and lain-lain lagi character palsu untuk buatkan dia suka kat kao, Padahal penat kao practice berlakon sebelum tu. hakhak
21. Prihatin
Kao prihatin la sangat sampai nak tolong dia dalam semua aspek. Pokoknya kao memang tak nak tengok dia alami kesusahan langsunglah.
22. Berkhayal
Kao khayal sana kao khayal sini pasal dia sambil tengok-tengok gambar dia kat dalam henpon or facebook. Pastu kao happy bahagia sorang-sorang. Sah angau!
23. Inginkan persamaan
Kau nak ada persamaan dengan dia. Contoh paling senang, sebab aku minat Korea orang yang jatuh cinta kat aku ponn nak minat korea gak. Hihi contoh lah kan.
24. Sumber ilham
Kao memang jadi ilham dia untuk buat sesuatu. Ibaratnya macam lagu Kau Ilhamku. Masa tuh Man Bai tengah angau la sebab tu boleh terilham buat lagu tu. 
25. Pasang impian
Kao pasang impian masa depan dengan dia, bila nak kawin, anak berapa orang, tinggal rumah macam mana and segala jenis impian semua kao pasang.
26. Suka memuji
Kao banyak puji dia. Pantang dia pakai baju apa pon semua kao puji. Pendek kata kao sangat peka dengan penampilan dia.
27. Mulut manis
Kao makan gula banyak-banyak bila dengan dia. Haha takda lah. Kao asyek cakap benda-benda baik ja dengan dia sebab kao takot dia tersinggung lak nanti. Kang merajuk. Ayokk!
28. Tanda ingatan
Kao bagi something untuk dia ingat. Contohnya, kao bagi buku. Then dalam buku kao tulis la something so that nanti bila dia bukak buku nampak tulisan kao yang tak berapa cantik tuh, dia terbayang-bayang kao.
29. Inginkan perhatian
Kao sangat berharap dia boleh bagi perhatian dekat kao, Walaopun sikit perhatian, tu pon kao da cukup bersyukur.
30. Bertekad memilikinya
Dengan drastiknya, kau terus tekad dan nekad untuk memiliki dia walao apapon terjadi. Kao memang sanggop bersedia nak sehidup semati dengan dia.

So, sampai sini saja tanda-tanda ini. So, macamana score checklist korang? Berapa per 30? Bagitaw lah aku. hehe penat aku type tanda-tanda jatuh cinta nie taw. Hihi..
Kalaw korang nak tanda-tanda yang lebih details sila follow link nie: (sumber aku) http://cintadearhaniey.wordpress.com/2008/05/22/30-tanda-jatuh-cinta/#comment-20208
P/S : Siapa yang dapat 30/30 memang kao da IN LOVE.
P/S/S: Siapa yang tak dapat 30/30 (akulah tuh) bolehlaa pupukkan lagi perasaan anda itu. Hehe

Tuesday, December 21, 2010

Info: 100 Truths

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 100 Truths about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. Tagged means "I'm interested in knowing what are your 100 truths". (To do this, go to "notes" under tabs on your profile page, copy and paste this note, erase my answers and enter your own, tag people (in the right hand corner of the app then click publish.)


 1. Real name : Nurul Husna

 2. Nickname(s): Husna, Hus, Una, Usna, Senah, Nurul, Nurulee, Husnalee

 3. Zodiac Sign: Capricorn

 4. Male or female:  Female

 5. Elementary School: SK Jitra

 6. High School: SMK Jitra

 7. College: UiTM Shah Alam

 8. Hair color: Black

 9. Tall or short : 168cm

 11. Sweats or Jeans: Jeans

 12. Phone or Camera: Both!

13. Health freak: Well, kinda.

 14. Orange or Apple: Orange

 15. Do you have a crush on someone?: Yes. No. Not sure.

 16. Eat or Drink: Eat

 17. Piercings: Noppe

 18. Pepsi or Coke: Both!


HAVE YOU EVER?


 19. Been in an airplane: No

 20. Been in a relationship: No

 21. Been in a car accident: No

 22. Been in prison: No

FIRSTS?


 23. First piercing: Never had one.

 24. First best friend: Aqmar. We had lost contact. :(

 25. First award: Can't recall

 26. First crush: Auuu~ It was cute and funny. Haha :D

 27. First word: Err. How did I know? +.+"


LAST?


 29. Last person you talked to in person: My dad. He's sitting next to me. 2 minutes ago.

 30. Last person you texted: My best friend.

 31. Last person you watched a movie with: My sis.

 32. Last food you ate: Fried rice. I've made it myself. :)

 33. Last movie you watched : Narnia: The voyage of the dawn.

 34. Last song you listened to: Maher Zain. InsyaAllah.

 35. Last thing you bought: I bought some food yesterday. Can't recall. Am I having some kind of short term memory problems here? =.="

 36. Last person you hugged: My bro.


FAVOURITES?


 37. Food: Lotsa food!

 38. Drink: Teh ais limau ;D

 39. Bottoms: -

 40. Flower: Roses! Red roses.

 41. Animal: Cats! Kitties.

 42. Colours: Red. But most of my stuff is pink!

 43. Movies: He was cool. (korean movies)

 44. Subjects: Err. English? But I never good in it. +.+"


HAVE YOU EVER:


(Put an X in the brackets if yes )


45. [ ] fell in love with someone

46. [ ] celebrated Halloween

 47. [ ] had your heart broken.

 48. [ x ] went over the minutes/texts on your cell phone.

 49. [ ] had someone question my sexual orientation.

51. [ ] got pregnant.

52. [ ] had an abortion.

53. [ x ] did something I regret.

54. [ x ] broke a promise.

55. [ x ] hide a secret.

56. [ x ] pretended to be happy.

 57. [ x ] met someone who changed your life.

58. [ x ] pretended to be sick

 59. [] left the country.

60. [ x ] tried something you normally wouldn't try and liked it.

61. [ x ] cried over the silliest thing.

 62. [ x ] ran a mile.

63. [ x ] went to the beach with your best friend.

65. [ x ] hated someone.

 66. [ x ]stayed single for 2 years (since I was born lol)


RIGHT NOW


67. Eating: Yes

68. Drinking: No

 69. Listening: To my housemate singing haha

70. Sitting/Laying: Sitting

 71. Plans for today: Lazing around. Haha.

 72. Waiting: Waiting to finish this up. Why must it be 100?? Pfft! -.-


YOUR FUTURE:


 73. Want kids?: Definitelyyy :D

74. Want to get married?: Yup

 75. Career: Occupational Therapist , InshaAllah

 76. Lips or eyes: Eyes

 77. Shorter or taller: Prefer taller, but shorter is fine.

78. Romantic or spontaneous: Both! HAHA

 81. Hook-up or relationship: Relationship, of course.

 82. Looks or personality: Personality. Looks is just a bonus.


HAVE YOU EVER:


 83. Lost glasses/contacts: No

 86. Killed somebody: No

 87. Broken someone's heart: Uhh I hope not.

 88. Been in love: Err

 89. Cried when someone died: Definitely


DO YOU BELIEVE IN:


 90. Yourself: Of course.

 91. Miracles: Yes

 92. Love at first sight: No, I guess not.

 93. Heaven: Yes, definitely.

 94. Santa Claus: No

 95. Sex on the first date: NO

 96. Kiss on the first date: NO

TRUTHFULLY:


 97. Is there one person you want to be with right now: My grandpa. I want to see him again. :(

 98. Do you know who your real friends are: Yeaa of course :D

 99. Do you believe in God: YES! :)

100. Post as 100 truths? Yeeah -.-


P/S: Untuk mengisi kekosongan. Miahaha. Sekali sekala main benda nie best jugak. >_________< . Amek dari notes yang aku telah ditag di facebook. Hihhi .