Sunday, January 30, 2011

Me: Orang Tengok Aku Tengok

Assalamualaikum semua.


Sana sini orang duk cakap, duk kepohchi kecohchi, post kat Facebook laa, blog laa macam-macam laa. Aku ponn juin gak laa kekecohan and kekepohan yang berlaku. Uhuuu~ berbelit-belit arh ayat aku.


Suka lah gambar Xiah yang ni.  Hihi~ okay gambar takde kaitan.
|Google Image|




Okay! STOP! Perkara utama yang ingin disampaikan ialah aku baru tengok cerita Khurafat tadi arahan Syamsul Yusof. Tengok wayang kat GSC Times Square. 






Okay, memang agak lambat r. Aku rasa da 3 minggu kott cerita nie out kan. Well, sebab cerita melayu so aku malas nak tengok takot nanti rugi duit tiket ja. Tapi sebab ramai sangat yang cakap best kan, so aku ponn pi lah tengok dengan lagi 2 ketol kawan aku. Kawan perempuan okay? Ai tak pernah tengok wayang dengan kawan lelaki taw. Ai reserve untuk suami ai jerr jadi my first. Kah3 cara cakap macam pondan kat belakang aku tadi. 


Aku tengok yang pukul 5.40 punya tu ponn da selling fast. Dapat seat dua dari depan. Pergh mau patah tengkuk aku melangut tengok!




Okay. Haha berapa banyak okay daa. Sana sini orang bagi rating pas tengok movie. Tapi aku, sorri tak boleh bagi rating! Huuu~ sebab asal keluar muka hantu aku tutup muka. Kesimpulannya, aku memang tak tengok langsung muka hantunya. Memang tak puas lah tengok! T.T




Tapi banyak kezut-kezutan laa. Sampai terketaq-ketaq aku. Jantung ponn berdebar-debar oh.


P/S: Nak kena download Khurafat r. Tak puas tengok asek tutup mata ja. Huu :(

Thursday, January 20, 2011

Kontez: JOM GEGAR BLOG

BEN ASHAARI BLOG: JOM GEGAR

Keh keh keh segmen Ben Ashaari memang simple laa this time. SO aku ponn gedik nak memeriahkan suasana yang sememangnya kompem-kompem meriah tanpa aku. Kah kah kah.

NO virus belog ini.
NO heavy metal mental mentos punya widget.
YA blog ini aku yang punya.


Ok aku memang menepati syarat lah! keh keh keh~

Hihi~ >______<

Saturday, January 15, 2011

Me: Untitled - Tak tau tajuk

Assalamualaikum semua~

Baru pas balik beli dan belah barang-barang kat Parkson and singgah makan petang kat gerai di Pekeliling, KL.

Fuhh~ tetiba timbul persoalan.

KENAPA MESTI BUKAK KEDAI IF TAK RETI MASAK???


THEN CAJ MAHAL-MAHAL!!!


Kaler merah. Bold. Font besar. Tanda seru 3 ketol. Tanda soal 3 ketol.

Cukup nak buktikan yang aku tengah marah. Haa marah ni! keh3


Haa tulaah aku tak paham gerai tadi. Caj dahlerr mahal. Nasi sikit lak. Tak sedap plak. Air ponn tak sedap jugek. Aishh panas ja. Sabor jalaaa. Huhh~ Masak ponn lambat. Pokoknya semua tak okay lah.


Lesap duet aku . Lari bajet hiuuu~



Lain kali kalaw tak reti masak, tak payahlaa bukak kedai. Masak kat rumah ja. Okay?


P/S: Aku memang tak bole bukak kedai sebab masak tak sedap. Kah3 sedar diri. Bagus~

Sunday, January 2, 2011

Info: Sayur NAIK Harga la

Aku terbaca shared link dari KAS or nama panjang lebarnya Kelab Anti Sayur. Linknya memberitakan sayur dah naik harga!



Nah korang bacalah sendiri beritanya. Ni petikan berita okies?


BERITA BAIK 2011: Harga sayur naik sehingga 125%..

ALOR SETAR – Baru kecoh kenaikkan harga mendadak santan mentah diseluruh Negara, harga perbagai jenis sayuran di Kedah pula mengalami kenaikkan mendadak sehingga 125% dari harga asal sejak seminggu lalu.

Tinjauan Sinar Harian dipasar Borong Persatuan Saudagar-saudagar Ikan Kedah di sini semalam mendapati kira-kira 10 jenis sayuran mengalami kenaikkan antara 50Sen sehingga RM20 sekilogram, termasuk Sawi, Bawang Besar, Ubi Kentang dan Tomato.

Bagi Sawi harga naik daripada RM2 kepada RM4 sekilogram, manakala Terung meningkat antara RM2 hingga RM2.50 kepada RM3.50 hingga RM4.

Cabai Kering meningkat dari RM7 kepada RM9 sekilogram, Asam Jawa meningkat sebanyak RM10 bagi kuantiti pek besar, Daun Sup naik daripada RM7 sekilogram kepada RM12 sekilogram dan Bunga Kobis mengalami kenaikkan 50 sen sekilogram.

Kenaikkan harga tertinggi dicatatkan asam keeping daripada RM15 sekilogram kepada RM35 sekilogram manakala harga Ubi Kentang, Tomato dan Sawi pendek meningkat sekitar RM1.50 hingga RM3 sekilogram.



sumber: http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-521008.html



Hehe. Abeslaa korang korang yang suka makan sayur. Naseb baik aku tak makan sayur. Kah kah kah~


P/S: Sayur penting untuk kesihatan tubuh badan yerr. Aku terkecuali sebab aku da makan spirulina tablet tiap-tiap hari. Pegganti sayur lah kiranya. Kih kih kih :D

Me: Happy Birthday To ME

Assalamualaikum semua.

Yaa~ berdasarkan tajuk di atas. Tidak salah lagi harini memang besday aku. Miahaha kepohchii tak?



Kehkeh untuk pengetahuan umum, aku nie memang jenis suka kepoh sal besday aku. Seminggu or lebih drastik kadang-kadang lagi sebulan aku da kepoh kat orang-orang yang tertentu.

Haha memang tak malu kan aku? Hermm~ well, this is all from me :)

Sape sape yang nak bagi hadiah boleh kelik-kelik nuffnang yerr. nanti dapat duet nuffnang boleh aku beli hadiah sempena besday. kah kah kah.

Nak bear nih!! keh3~


Bye :) Love you all~ Mood nak love semua orang hari ni. haha~

Saturday, January 1, 2011

Info: Korean BEFORE & AFTER surgery (Women)

Assalamualaikum semua~

Petang yang nyaman nie, aku nak story pasal artis-artis korea yang buat plastic surgery. Kalau korang baca kajian lah kan approximately 73% korean women undergo plastic surgery.

Perghh~ banyak tak?? Manyak sih! And mostly of course artis perempuan.

Memang berlambak yang dah buat surgery but this is antara pembedahan plastik yang terbaik lah.


Kih kih. Ada tak artis-artis yang korang minat puja puja dalam gambar nie?

Dasyat kan transformasi dorang? Terus jadi cantik cam gituh.



Hebat tak? Hebat tak? kehkehkeh Hebat kan? Memang aku tabik berspring-spring lah kat Doktor yang operate dorang nie.

Nie baru girls, boys ponn ada jugak yang undergo surgery. Nak handsome punya pasal kan? Nanti aku masuk yang boys lak. Tah-tah laki aku yang 3 ketol kat header tu ponn Fake gak. Ngehehe~


P/S : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor menyatakan "Adalah HARAM melakukan pembedahan plastik sekiranya bertujuan untuk mengubah keadaan diri yang normal tanpa ada apa-apa sebab-musabab yang baik. Namun adalah Harus melakukan pembedahan plastik ini sekiranya terdapat sesuatu hajat yang penting seperti memperelokkan sesuatu anggota yang sumbing, cacat dan sebagainya."

Info: FAIZAL YUSUF meninggal dunia

Assalamualaikum semua.

Baru terbaca berita kematian pelakon Faizal Yusuf yang juga bekas suami Siti Nordiana (Nana). 



Faizal Yusuf yang terkenal dalam lakonannya sebagai Dani dalam Adamaya telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pusrawi, KL akibat serangan jantung sekitar jam 2.30 petang tadi.

Jenazah Faizal masih berada di Hospital Pusrawi.

Bersama-sama lah kita sedekahkan Al_fatihah kepada Allahyarham Faizal Yusuf. Semoga rohnya di cucuri rahmat. 

Al- Fatihah.



Sumber:

P/S : Ajal maut tidak mengira usia dan tempat. Sama-samalah kita bermuhasabah diri.