Sunday, July 31, 2011

Bahasa Yang Romantis

Assalamualaikum.

Sambil buat roti nan yang di order, 3 orang pakcik Pakistan berborak kosong dalam bahasa yang tak dapat dikenal pasti namanya.

Sorang cakap "Nehi, nehi", sorang lagi cakap "Pyaar kaste hai".
Sah tengah speaking bahasa yang sama Shah Rukh Khan guna bila berdialog dengan Kajol dalam Panggung Sabtu.

" Dil to pagal kuch kuch mohabbatein hai. " 
|Google Image|


Tak pasti jampi serapah apa yang hinggap, tetiba rasa bahasa hindustan nie romantis lak. Eventhough, apa benda dia cakap memang tarak paham.

Fius otak mengalami short circuit mungkin. =.="

Tuesday, July 26, 2011

SEGMEN ILMIAH:JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA

Assalamualaikum.

Mungkin aku yang tak mencari atau memang jarang orang buat segmen yang berilmiah dan berunsurkan Islamik. But, segmen nie adalah segmen pertama aku jumpa yang berunsurkan Islamik, which is very good untuk menambahkan ilmu yang ada di dada.


Good segment, good intention by the pemilik segmen. So, there's no point untuk tidak join segmen nie. For those interested, silalah kelik link yang diberikan di bawah.


I - Header and link pemilik segmen:







II - Hadis pilihan yang nak di share:

HADIS 1



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,”Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan”.(Riwayat Muslim)

HADIS 2


Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...” (Abu Daud dan at-Tirmidzi)



III - Orang yang telah ditag :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perkongsian Ilmu Diamalkan Demi Menjana Iman dan Memanfaatkan Kehidupan Dunia Untuk Bekalan Akhirat.

Sunday, July 17, 2011

Orang Bagi Ambil Ja

Kepada rakyat-rakyat jelata sekalian, tolonglah hulurkan tangan amek flyers bila orang bagi. Susah sangat nak hulur tangan? At least boleh jugak bakar lemak bawah ketiak tu bila angkat turun tangan. Takda lah bila melambai tu, tangan and isi bawah lengan melambai serentak.


Okay fine, mungkin bukan nak jimat lemak bawah ketiak kan? Maybe tanak amek flyers sebab takut kena tangkap dengar explanation kan? Tak suka kan dengar explanation?

|Google Image|


Tapi, kami sebagai flyers distributor cuma nak bagi explanation to those yang nak dengar explanation ja. For you you you yang tanak dengar explanation, it's okay but please please tolong amek flyers tu.

Serius sedih gila bila bagi flyers, orang lari jauh-jauh, show "NO" sign or buat facial expression yang sadis lagi kejam. 

|Google Image|

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Last week job ----> Flyers Distributor. 
Location: Shopping complex
Duration: 2 hours


Result: Cuma tengok rakan sekerja bagi flyers. And I end up jadi tugu negara di situ. Kecewa dengan diri sendiri sebab takda the "keberanian". 

So, hargailah orang yang memberi flyers dengan mengambil flyers mereka. 

Tuesday, July 5, 2011

Alam Barzakh dan Facebook, Twitter, Blog sbg

Assalamualaikum

Tengah bukak twitter semalam,tertarik lak dengan tweet abang sorang nie. Kemain dia mengutarakan pandangan, isi hati and buat cetusan hati dan dedikasi kat twitter. Ada yang reply balik menyatakan sokongan. Ada yang reply balik menyatakan maki hamunan. Aku cuma print screen page dia dan unfollow. Kenapa? Tahlerr maybe terlalu lantang kata-katanya buat aku hilang mood.


|Gambar ini bukanlah contoh tweet yang lantang|



Semangat sungguh abang ni. Rajin tweet memperingati follower sekalian sal rukun negara dan lagu negaraku. Never say tweet abang tak bagus, bagus jugak abang duk bagi reminder kat orang ramai. 
Tapi boleh jugak if abang guna semangat yang sama untuk memperingati follower sekalian sal rukun Islam dan rukun Iman. Lagi bagus. Tanya bila last mengaji Al-Quran dan menghayati rukun Islam dan rukun Iman semakin bagus. Dapat pahala jugak sempena bulan baik ni.


Walaubagaimana pun, bak kata abang ni " Sukahati aku lah. Aku hanya nak sampaikan pandangan aku. Kalaw tak suka boleh unfollow" Yepp, aku tertarik jugak nak guna ayat dia sekarang, "Sukahati akulah. Aku hanya nak sampaikan pandangan aku jugak. Kalaw tak suka, boleh unfollow"




Aku pun tengah mencoba untuk ber tweet tweet dan post-post perkara yang bisa mengajak diri sendiri dan orang ramai ke arah yang lebih baik. Nanti bila disoal dalam alam barzakh sal Facebook, Twitter dan Blog, ada la point untuk jawab, InsyaAllah. Sempena bulan baik ini. ayuhlah jadikan ia sebagai titik permulaan menjadi hamba Allah yang lebih baik. Amin. 

Monday, July 4, 2011

Segmen Mencari 50 Blogger Cun Untuk Bloglist

Assalamualaikum.

Malam yang sepi ni, ayuhla juin segmen uncle SYAF! 

Syarat-syaratnya seperti :

1. Anda mestilah perempuan: YES I'm a girl!

2. Buatkan satu entry lekatkan header diatas serta backlink kan ke segmen ini: DONE!



3. Komen blog SYAF: 

Sekadar Nukilan Ikhlas. Coretan Aku, Kamu dan Kehidupan. Nama blog yang sungguh mengharukan. Blog yang banyak serta penuh dengan ayat bunga bunga. Hampir terharu baca. Btw, suka ayat ni! Uncle Syaf buat sendiri eh ayat nie?

"Aku Hanya pEngHUnI DI Alam Nie.. mEnCarI sebERapa BanYak PenGaLamAn Dalam MeNiti pErJaLanAn Hidup ini SehinGGa Mata TertUtuP"

    4. Ceritakan tentang blog anda:

    Blog ni takda spesifik tentang. Kadang-kadang tuan dia blog pasal isu semasa, kadang sal pengalaman hidup yang mengajar menjadi lebih dewasa, kadangsal motivasi (kononnya). Yang pasti blog ni bukan dibina untuk mengajak, berkempen untuk benci sayur. 

    5. Post entry ke ruangan komen: DONE!