Sunday, April 29, 2012

Percubaan Mandarin I

Study kali ni kan aku  belajar Mandarin. So, bila dah belajar, aku ponn nak la praktis cakap dengan orang sebab well, kan orang putih cakap "Practice Makes PERFECT". Kelas Mandarin yang pertama, laoshi (cikgu) ajar tajuk 'Pengenalan Diri'.

Kebetulan lepas kelas, aku keluar beli barang dekat Tesco. Okay, aku start cari target untuk aku cakap mandarin.

Tetiba, aku nampak ada budak cina dalam umur 3 - 4 tahun ni tengah main dekat so-called playground (tataw apa namanya mainan tu) yang dekat food court tu. Budak kecik, so mungkin level bahasa dia lebih kurang aku. Dengan yakin sambil revise dialog time kat kelas tadi, aku ponn pi dekat budak kecik tu.

~~~~~~

Aku: Ni hao. Ni jiao shenme mingzi? (Selamat sejahtera. Nama awak siapa?)

Budak Kecik: Ni hao. Wo jiao chong chiang chong chiang bla bla bla bla
                
Aku: -_____-" Err, okay la adik, akak pergi dulu. Bye.  *okay, aku tak paham, cepat sangat dia cakap*

~~~~~~~~

Lepas sengeh kat budak tu macam kerang busuk, so aku ponn blah jauh-jauh. So, percubaan Mandarin yang pertama.... GAGAL! TT__TT"" 
Tsk~

Saturday, April 7, 2012

Mata dan Air

Mata,
kau banyak berjasa padaku,
titisan air mata ini sentiasa mengalir deras bila hatiku tersentuh,
menemani aku disaat kesedihan,
kesepian,
dan air mata ini menjadi saksi aku dan Yang Maha Besar,
ketikaku sujud menyembah pada Yang Esa.

Mata,
terima kasih kerana mata ini sentiasa mengajar aku erti sabar,
sabar untuk menahan gegaran hati,
yang hampir mengugat keimananku.

Mata,
aku tahu pasti kau letih untuk menangis,
dan kadangkala hampir kering air matamu untuk mengalir,
maafkan aku mata,
aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan memberi keinsafan padaku,
tentang nikmat yang amat berharga ini,
kerana jika tiada mata bagaimana hendak aku melepaskan amarah pada diri ini?

Menangislah wahai mata,
seandainya diri ini masih memerlukanmu,
selagi rasa syahdu terus meratapi,
selagi Allah meminjamkan padaku,
selagi aku masih hidup di muka bumi ini.


P/S: Sangat-sangat suka tengok bulan. Menenangkan. ^_____^