Saturday, September 29, 2012

Steamboat & BBQ Best

Assalamualaikum w.b.t 

Have you had your shake today? Hihik soalan wajib. :D

Semalam pi gathering kawan-kawan time diploma dulu. Kami start bertolak pukul 7.00 malam, convoy ramai-ramai (7 biji kereta) nak pi serbu steamboat dekat Kuang-D'Manggis Cafe. Ni percubaan kedua pi steamboat tu. Percubaan pertama, sesat tengah jalan, end up pi Damansara, makan kat Ice Room. HAHA :D

Percubaan Kedua, Alhamdulillah sampai. Pi solat dulu, then MAKAN!!!

Makanan sangat banyak! So, bolehlaa nak sepah makan banyak mana ponn. Steamboat kan. :D


Haaa sedap! Daging rempah and daging black pepper tuuuu. Sup yang sedap lagi ohseemmm! *drooling* :|*


Posing sat sebelum makan. The fact nya, lepas makan ni, semua tunduk tak angkat kepala dah. Punya pulun makan, badak sumbu lalu depan ponn tak nampak.


Makan, makan dan makan. Meja kami makanan sangat banyak sampai budak-budak laki kagum dengan perut kami, makan tak benti. Haha. Baru berbaloi dengan RM20! And memang berbaloi-baloi ponn! Aku ponn pulun makan tak hengat hapa dah, sampai makanan naik sampai level tekak, tunduk sikit keluar semua. :D

Aktiviti standard lepas makan, perut dah kenyang, selepas mengucapkan Alhamdulillah ialaah... POSING! Haha standard lah kan? :D


Lepas makan and kumpul lemak + kalori dalam badan, masa untuk minum Tea Mix Herbalife. Bakar balik calories and lemak2 tadi. Nampak tak atas meja tu, yang bulat merah tuuu. Hoho :D


Aktiviti mengunyah, menelan, dan menggelak yang melampau mengakibatkan tudung hilang simetri. Jadi bentuk hapa tah. Malas layan! Nampak tak button tu? 
TURUN BERAT BADAN, TANYA SAYA BAGAIMANA! :D


Ada 2, 3 ketol yang tak sempat nak bergambar. Duk makan, tak keluar kedai lagi. 

"Makan sampai Lebam!"

P/S: Pada tika dan saat ini, tengok gambar-gambar makanan ni, serius laparrrrrr! Nak makan lagi camni. T___T

 Dan, pesanan dari penaja:

Turun Berat Badan, TANYA Kami Bagaimana! :D

Friday, September 28, 2012

Recipe: Ice cream Chocolate Shake

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi! HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY???

I had! Ihiks. Pagi Jumaat yang penuh barakah ini, aku berazam untuk cuba resepi sarapan pagi yang baru. Jom cekkidout!

F1 Chocolate Shake + Full Cream Milk + Oat

Masukkan air sejuk ke dalam blender. Then, masukkan ketiga-tiga bahan di atas ke dalam blender. Ni tiga bahan wajib yang aku masukkan tetiap kali bancuh Shake. Sebab, well I kan nak naikkan berat badan, so kena la tambah calories intake. :D

And this morning, I ada add 1 special ingredients yang memang ohhhsemm! Iaituuuuuu............

Ice cream! Strawberyy-vanilla ice cream!

Then, masukkan ice cream tersebut. Tutup blender dan blend, for a few minutes. Then tambah lagi air, blend lagi sekali till semua ingredients dah blended and mix together. Kemudian, boleh minum!


About the taste, mestilah sedap! Cuma bagi saya yang kureng minum manis ni, shake ni rasa agak manis hari ni. Ya laa, pulun tamak haloba letak sampai 3 scoop ice cream. Dari nak sihat, jadi kurang sihat dah! So, boleh kurangkan sikit ice-cream nanti.

BTW, my breakfast today sangat sedap. Taste much better. Not to say sebelum ni taste nya tak sedap. It's good, but this time, better. You should try!

P/S: This recipe untuk gain/maintain weight program only yaa, sebab we'olls perlukan banyak calories. 
Lose weight program, please don't try! :)


Thursday, September 27, 2012

Gembira.Leka.Sedih

"Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama rasanya tak menulis di sini sehinggakan blogger dah bertukar ke interface yang baru ponn dah tak perasan.

Tak tahu kenapa, tapi setiap kali hati rasa tak gembira, baru teringatkan blog, nak tulis di blog. Tempat kedua untuk mencurahkan hati dan perasaan, selain bersujud di tikar sejadah.

Hati yang sedih ni akan rasa lebih tenang bila bersujud, dan menumpahkan air mata di tikar sejadah, di hadapan Allah. Seolah-olah rasa begitu hampir dengan Allah. Pernah beberapa kali saya meminta untuk sentiasa bersedih, kerana sejujurnya, hanya dengan berada dalam kesedihan, hati terasa begitu dekat dengan Allah.

Malu. Kerana sesaat sebelum bersedih, saya leka melupakan Allah. Solat dihujung waktu. Solat seperti berada dalam pertandingan. Berlumba untuk menghabiskan dalam masa yang paling cepat.

Saat bersedih, Allah jadi tempat mengadu. Saat bersujud dan berdoa, air mata mengalir bak hujan lebat, turun membasahi pipi. Sesaat kemudian, hati menjadi tenang dan gembira, kembali melupakan MU, Ya Allah.

Sesungguhnya aku hambaMu sangat mudah lupa. T.T

Aku ingin berubah. Sedang mencuba untuk berubah. Dan telah berubah sedikit demi sedikit. Menjadi seorang yang sentiasa mengingatiMu, Ya Allah. :")

Kurniakan aku sahabat-sahabat yang bisa bersama-sama denganku dalam jihad ini. Kerana sesungguhnya, aku insan lemah, terlalu mudah terpengaruh dengan syurga duniawi. T.T


Amin. :") "