"Assalamualaikum w.b.t.
Dah lama rasanya tak menulis di sini sehinggakan blogger dah bertukar ke interface yang baru ponn dah tak perasan.
Tak tahu kenapa, tapi setiap kali hati rasa tak gembira, baru teringatkan blog, nak tulis di blog. Tempat kedua untuk mencurahkan hati dan perasaan, selain bersujud di tikar sejadah.
Hati yang sedih ni akan rasa lebih tenang bila bersujud, dan menumpahkan air mata di tikar sejadah, di hadapan Allah. Seolah-olah rasa begitu hampir dengan Allah. Pernah beberapa kali saya meminta untuk sentiasa bersedih, kerana sejujurnya, hanya dengan berada dalam kesedihan, hati terasa begitu dekat dengan Allah.
Malu. Kerana sesaat sebelum bersedih, saya leka melupakan Allah. Solat dihujung waktu. Solat seperti berada dalam pertandingan. Berlumba untuk menghabiskan dalam masa yang paling cepat.
Saat bersedih, Allah jadi tempat mengadu. Saat bersujud dan berdoa, air mata mengalir bak hujan lebat, turun membasahi pipi. Sesaat kemudian, hati menjadi tenang dan gembira, kembali melupakan MU, Ya Allah.
Sesungguhnya aku hambaMu sangat mudah lupa. T.T
Aku ingin berubah. Sedang mencuba untuk berubah. Dan telah berubah sedikit demi sedikit. Menjadi seorang yang sentiasa mengingatiMu, Ya Allah. :")
Kurniakan aku sahabat-sahabat yang bisa bersama-sama denganku dalam jihad ini. Kerana sesungguhnya, aku insan lemah, terlalu mudah terpengaruh dengan syurga duniawi. T.T
Amin. :") "
No comments:
Post a Comment