Tuesday, September 23, 2014

BEIJING: Day #1

Assalamualaikum WBT. Have you had your shake today? <-- Favourite :D

Btw, 2 minggu after raya puasa 2014 aku and lagi 2 orang kawan decide untuk pi bercuti di Beijing sebab ada dapat pakej 6H 5M murah ke Beijing. RM 199 ja weyy per person. Pakej Kembara Halal Beijing nii half sponsored by China government untuk pelancong, so dapatla bercuti dengan murah hihi alhamdulillah. Nanti aku cerita dalam entry lain pasal pakej ni sebab terlalu eksaited nak start story Day 1.




Bermula dengan 6 jam 20 minit flight ke Beijing naik MAS, MH360. Pukul 6.00 petang depart alhamdulillah pukul 12,20 pagi sampailah di International Airport Beijing, Terminal 3. Proses selfie di airport, pi toilet, lalu kastam semua, pukul 1.00 pagi baru laa keluar. Imigresen China strict jugak, siap letak gambar passport sebelah muka kita sebab nak pastikan orang yang sama. Fuh.

Dah keluar, terus nampak tourist guide dok setia pegang sepanduk travel agent kami. Hihi. Nama dia Ali, orang Beijing, tapi pandai speaking Melayu-Indonesia fasih gila.

Then ali pon bagitaw yang dia akan pick up lagi satu group di Terminal 2 yang akan sampai pukul 1.30 pagi yg Air Asia X. Terminal 2 ni pack sikit macam dekat LCCT tuu.


Dah settle pick up group satu lagi, terus check in hotel pukul 2.30 pagi. Yang bestnya, kita sampai pukul berapa pon, tourist guide akan terus check in kita di hotel. Ali bagitau tour esok akan start lambat sikit sebab nak bg chance untuk rest. So, memang boleh rehat sepuas-puasnyaaa laaa. Hihi :D

Sampai hotel, terus excited dengan hotel. Seperti yang dijanjikan dalam pakej, kami akan stay di 4 stars hotel. So, tadaaa Tai Shun Business Hotel. Hotel ni memang famous amos sebab di sini ada serve halal food.

Disebabkan terlalu excited, aku sampai terlupa nak amek gambar luar hotel ni. Ni antara gambar ihsan dari google, trip advisor, dll. :)

Tai Shun Business Hotel

Waktu aku jejak kaki dalam lobby hotel ni terus cerah biji mata yang mengantuk. 
Cantik! Dengan  lampunya lagi. 

Receptionist hotel ni ada yang boleh speaking English, ada yang tak. 

And btw, iron boleh request disini cuma kena bayar 100 yuan. Nanti dia akan return duit after return iron.  In case time tu ada receptionist yang tak boleh speak English (which is jarang situasi macam tu, sebab biasanya akan ada sorang receptionist yang boleh speak English), boleh cakap macam ni bila nak iron.

Wo yao yuin dao =  Saya mahu seterika 

(Ali yang ajar + aku ada amek course Mandarin dulu)


Ni interior hotel yang aku sempat amek gambar. :D

Memandangkan kami bertiga, so memang puas hati sebab dapat bilik macam ni. Katil pon best. 

Aku tengah cek almari. Besaq. Terus kami semua unpack baju and letak dalam almari.

Heater, teko, gelas and teh herba cina pon ada disediakan. 

TV, hair dryer, phone, plug pon banyak. Boleh laa kami caj phone, camera, powerbank laa.
And, tak perlu beli international plug sbb plug di China sama macam  di Malaysia. 

 
Toilet ada heater, towel badan and muka, sabun, syampoo, 
berus gigi + ubat gigi, sikat, shower cap, gelas for 3 person. 


Hotel ni memang luas dan selesa sangat. Seriusly memang thorbaik lah! Kami pon terus tidur sebab nak dapat enough rest untuk hari kedua esok. So, sampai di sini saja, day 2 nanti aku sambung next entry. Bye!



Tips 1: Some travel agent akan suruh kita stay di airport if sampai lewat malam, esok baru check in hotel and terus start tour. Letih baqhiang kalau macam tu, so kena hati-hati pilih travel agent, sbb most of flight ke beijing akan arrived tengah malam. ^_^

Tips 2: Bila travel, pastikan ambik gambar setiap inci berjalan. Nanti menyesal macam aku, terpaksa curi dari google sikit. >.<



Wednesday, March 26, 2014

Hotel murah di Bangi

Assalamualaikum WBT

Siapa suka duk hotel angkat tangan? Siapa suka hotel murah dan bersih angkat kaki pulak! Haha. Aku suka duk dekat hotel sebab aku suka interior hotel. Cantik! Kemas! Hii :D

So, bila pi mana-mana aku memang akan sedaya upaya untuk cari hotel untuk di-inap. Eh, ada tak imbuhan cemtu? -.-

Btw, siapa yang mencari hotel area Bangi or kawasan sewaktu dengannya, boleh try usha Hotel 101 Bangi ni. Best! Murah pon murah! Rasanya RM60 saja untuk 1 bilik. 1 bilik boleh duduk 2 orang la, tapi kalaw nak sumbat 3 orang pon boleh lg, asalkan 2 orang tu BMI ideal, lagi sorang BMI underweight. Haha. :P

101 Hotel, Bangi



Staff ponn memang comeyy and friendly. :D

Hotel ni dia pakai access card untuk masuk bilik. Selamat la sikit kan? And dia mintak RM50 untuk deposit access card  tu. Check-out nanti dia bagi balik duit. :)

Aku book bilik ni via travel agency sebab masa tu January 2013, kami ada event Herbalife nama Spectacular di Stadium Bukit Jalil. 15,000 manusia di event tu, so memang kena book hotel la siap2. Siap naik bus dari Kedah taw! Haha :D

Berbalik kepada hotel, memang bersih, cantik laa interior bilik hotel tu. Kemas. Eh dah ulang banyak kali kan? Nak buktikan memang kemas. Hihi. Bathroom cantik, ada hot shower. Bath tub takdak sorry. Cuma, pintu bathroom tu mcm kaca lut cahaya sikit, so malu-malu kucing sikit la nak mandi  Keh3. Some budget hotels takda servis kemas bilik kan, tapi hotel ni ada, which is very good! :D

Feature wall tu banyak color. Btw, aku suka bilik yang ada feature wall. Cantik! :)

Dalam bilik ada TV, 2 plug, ada heater dan lain-lain seperti yang ternampak di kaca laptop anda. And yang extra best ada FREE WiFi and it's accessible walaupun di bilik! Yahoo! Bilik memang aircond laa. And takdak tingkap, macam kotak sikit. So kalaw setakat duduk untuk bermalam boleh laa. :)

Hotel ni ada water cooler, iron board and iron di setiap level. Bagi kami Herbalifer sejati ni memang perlu sangat la water cooler ni, untuk mencukupi bekalan ayaq harian. :D

Bawah hotel ni pon ada banyak jugak kedai makan. So, untuk orang yang selalu makan berat waktu malam (which is not good for our health), boleh laa turun makan. Jalan kaki ja. Tapi, aku tak turun pon sebab kami Herbalifer sejati, malam minum Shake jaa. Kenyang. Kurang kalori. Sedap. Penuh nutrisi. Menyihatkan. Hee :D



Aku stay 3H 2M di hotel ni. Bagi aku, hotel ni memang berpadanan laa dengan harga yang kita bayar. Gambar-gambar ni semua adalah ihsan dari Google and Agoda sebab aku memang takdan nak snap-snap aritu. Tapi, hotel ni memang yang macam dalam gambar lah. :D

Overall this hotel is good and recommended for those whom looking for budget hotel near Bangi. :D

Tuesday, March 18, 2014

Herbalife Testimony

Assalamualaikum WBT! Hai! :>

Niat aku untuk sentiasa update blog tercapai bilamana I made an improvement dengan meng-update blog setelah 2 minggu. Hihih. :D

Btw, I am so excited untuk cerita testimony yang aku dapat kesan dari good nutrition from Herbalife. :D
Jejejeng~!

Sebelum ni aku remaja yang perasan diri sendiri sihat. Walaupun amek Health Sciences, bagi aku, tak sihat tu ertinya bila di diagnos kencing manis, darah tinggi, kanser, dan lain lain. Padahal, time tu aku ada masalah low energy, so aku suka tidoq petang and selalu gilaaaaa tidor dalam kelas. Kebanyakan student suka makan gula-gula la kan konon tak mau ngantuk, padahal ngantuk tak hilang pon, lama-lama gigi yang hilang. Bhahaha

Aku jugak ada masalah sembelit yang kronik and senggugut. Masalah kulit muka tak boleh kena panas, nanti akan naik macam panau and jerawat lagi, kulit kusam (siap ada check-up dengan dermatologist taw!). Badan toksah habiaq, memang kurus, berat cuma 49kg, tapi lemak banyak. So, perut buncit, peha besaq, pipi tembam. :(

Turning point untuk aku amek #Herbalife adalah bila aku buang air besar/berak berdarah. Ohman takot gilaa, penuh darah dalam toilet bowl. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Disebabkan malu/takut nak jumpa Doktor, aku pon decide untuk amek nutrisi Herbalife.

Alhamdulillah. :)


Lepas amek Herbalife, 3 hari pertama memang aku bertenaga gila! Tak tidoq dalam kelas, tak tidor petang lagi. Pembuangan air besar and kecik pon lawas. After sebulan, senggugut hilang! Yeayy! Alhamdulillah. And after 6 minggu, reshape badan weyy and tambah berat otot 6kg. Hihi bestnya! Alhamdulillah for the blessed. Terima kasih tak terhingga kepada mak saya yang tak jemu perkenalkan Herbalife dengan saya. :D

Nampak tak betapa reshapenya muka kitee. Hehe. :)

Dari kiri: |Gambar 1: Umur 18| | Gambar 2: Umur 21|  | Gambar 3: Umur 24|

Mana lagi muda? Jangan jawab, dah taw daa. Hehe, jom dapatkan kesan nutrisi yang sama! Perbaiki kesihatan, berat badan dengan pemakanan yang lebih sihat dan bernutrisi tinggi.  :D


Turun/tambah berat badan sambil perbaiki kesihatan kita. 
Jurulatih Kesihatan Husna: 019-375 2296 :)


Sunday, March 2, 2014

Re-activate

Assalamualaikum WBT Long time no wrote here. Memang macam raya, setahun sekali ja aku tulis blog ni. Muehehe kesian. Somehow, aku ada dapat suntikan semangat baru untuk mula menulis blog SECARA AKTIF. Wow kagum! :D

Kenapa?

Haha maybe sebab rasa rindu kot, menulis nulis di blog. Kehkehkeh. Actually, haritu aku saja buang masa re-read aku punya entry, and the moment aku re-read all the entries, buat aku terbau-bau memori masa tu, 2-3 years ago. Sweet gitu. :D

 So, I think why not aku start menulis blog balik so that one day nanti aku dah tua, bolehla aku refresh memori yang sweet di masa muda. Mihihi. ^_^

By the way, I'm back and ready to roaaaar in the blog. Hihih ;)

Saturday, May 11, 2013

Challenge and Change

Assalamualaikum WBT

Hari ini definitely hari yang kurang bagus untuk aku. Few days before, semuanya macam tak menjadi, everything seems so wrong. Entahlaa. :(

But, today is the peak of the bad days. Disebabkan sebab internet connection error, online test aku telah di post poned. Aku sorang saja. Test supposed to be today. I called the lecturers pagi tadi untuk confirmation test. Miscommunication happened sewaktu perbualan di talian.

Lecturer: You boleh buat test di rumah?

Aku: Boleh Dr.

Lecturer: Then, nanti pukul 9 I reopen the test for you. But, this is the last chance. Lepas ni, any problem, I takkan bertanggungjawab.

Aku: Okay Dr


So, internet broadband di rumah aku asyik terputus. To be safe, I decide untuk buat test di CC (cyber cafe). I tunggu CC bukak sampai kul 11, then bila buka test. 'The test was disabled.'

I call back my lecturer, she said. You buka lewat kenapa? I kan cakap I buka test pukul 9, so sampai pukul 10 jelaa. I ada discussion sekarang. Bye!

I was like... gulp! Dah tak boleh buat test. :"(

Aku jenuh menangis dah dari tadi. Tapi, hati aku kuat mengatakan yang Allah nak uji aku dengan ujian ini. Allah nak aku berusaha lebih untuk final exam nanti. Allah nak aku lebih fokus belajar. Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik...PASTI! Allah nak aku berubah. Allah nak aku jadi better person. So, Allah hadiahkan aku challenge ni.


Kita manusia perlukan challenge, perlukan cabaran. Cause if it doesn't challenge you, you wouldn't change.
Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk aku. :")

P/S: Feeling much better lepas luahkan di sini. :")



Thursday, April 11, 2013

Crush on Blog

Assalamualaikum WBT

Have you had your shake tonight?

Aku selalu teringin nak update blog, banyak gila idea, tapi kan, bila aku buka blog, ready nak type new entry, I always end up clueless speechless wordless. Tak tahu nak tulis apa. Selalu benda ni akan berlaku bila kita berhadapan dengan sesuatu yang kita suka, seperti orang yang kita suka kan. O___O

Errr, tapi aku tak tahu kenapa benda ni berlaku bila aku buka blog. Hewhew. Sekian sahaja entry aku hari ini. Haha rasa macam pointless ja. Maybe I should delete this entry satu hari nanti.

Selamat Malam! :D


Tuesday, March 12, 2013

The Ups and Downs of Life

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta.” 

[Surah Al-Ankabut ayat 2-3]







Wednesday, January 30, 2013

Pemalas

Assalamualaikum WBT

Have you had your shake tonight?

Just to give an update, aku baru start semester break and yang paling penting, baru lepas attend a life-changing event, SPECTACULAR!!!! Sangat seronok! Nanti aku update bout that event later, with gambar sekali. Bhahaha.

Aku sebenarnya jenis manusia pemalas update blog. Orang buat blog, aku pon buat. Orang update, aku tak update. SIGH. T_T

Aku jenis selalu ada idea mencurah-curah bila masa yang tak sepatutnya aku update blog. Contohnya; dalam bus, tengah siapkan assignment, tengah study untuk exam. Time cemtu, cemana nak update blog? Time lapang-lapang tak hingin lak aku nak update, takda idea kononnya, takda feel lah. -..-"

Waktu sekarang aku update blog? Sepatotnya aku tidoq, sebab dah pukul 2.30 pagi. Esok lak nak pi buat roadshow the whole day. Tak sabar lak! Hehe :D

BTW, anyone yang nak buat Wellness Analysis for FREE, boleh contact aku esok. 0193752296. Aku berlegar di Alor Setaq sepanjang hari esok. Muehehe.

GTG. Selamat malam. :)

Friday, January 18, 2013

Azam Berani 2013

Assalamualaikum WBT!

Have you had your shake today? :D

I currently, baru menghabiskan final exam. Alhamdulillah finished 6 written papers. Left; 1 practical exam this Tuesday. Semoga dipermudahkan. Amin. :")

Dah masuk tahun baru kan? 2013. 18 days back, aku tersangatlah busy, sampai I don't have time untuk nak tulis azam tahun baru. Haha. BTW, azam tak semestinya boleh buat di setiap tahun baru kan? So, post today, is about my azam untuk tahun 2013. :D

To tell you one thing, aku tak pernah ada azam. Kalaw ada pon, azam yang sekadar azam, maksudnya, orang buat azam, aku pon sibuk berazam, without ada determination untuk accomplish azam tu. Aku pon tak pernah rasa aku capable utk accomplish any azam yang aku buat, sebab aku tak nampak peluang, tak nampak cara. Sebab tu, bila sampai hujung tahun, I don't feel anything. Sebab aku sendiri tak tahu apa yang aku nak capai dalam tahun tu. Sebab tu every year, hidup aku sama saja. No improvement.

Tapi, tahun ini alhamdulillah, sikit sebanyak, hidup aku, diri aku dah berubah. Sebab tu aku berani tulis azam-azam ni. Sebab aku akan berusaha, bersungguh-sungguh. Sedaya mungkin. Sebaik mungkin. Untuk accomplish azam-azam ini. InsyaAllah. 

Bismillahirrahmaanirrahim. Rabbi yasseer wala tu'assir rabbi tammim bil khair. Amin.

Azam 2013

January:
1) Bawak 10 orang ke Spectacular 2013 (Achieved)
2) Improve skin complexion

February: 
1) Fully Qualified Supervisor
2) Masuk kelas tajwid Al-Quran
3) Hadiahkan spek baru untuk abah.
4) Belikan handbag untuk mak.
5) Ambik lesen kereta.

Mac
1) Beli Samsung Galaxy Note 2
2) Bantu mak abah pindah rumah
3) New sem: Dean List
4) Bagi duit dekat tok sebulan RM50
5) Bekalkan Herbalife 1,2,3 dekat tok, every month.

April
1) World Team Member
2) Bantu mak abah tukar kereta baru. 

May
1) Income: RM 5000/ month
2) Beli kereta: MyVi/Vios

June
1) Bawak 30 orang ke Extravaganza Bangkok
2) Bawak the whole family ke extravaganza sambil bercuti di Thailand.

July
1) Active World Team
2) Income: RM8000
3) Bantu mak abah settle hutang.

August
1) Daftar tok, mak, abah, faris untuk Umrah.
2) Bagi duit dekat tok sebulan RM100
3) Bagi duit dekat adik-adik, sebulan RM50.

September
1) New sem: Dean List
2) Belikan laptop untuk abah

October
1) Bawa 50 orang ke Herbalife University Korea
2) Bawa bersama the whole family, termasuk tok - stay for 2 weeks

November & December
1) Get Team Member

Azam ni, subject to change, mungkin ada pertambahan here and there. Semoga dipermudahkan Allah. Amin :)

Yaa, saya berumur 23 tahun, dan saya masih belajar. Ini bukan angan-angan. Ini bukan mimpi di siang hari. Kenapa saya berani berazam macam ni? Kerana saya nampak peluang. Kerana saya nampak jalan. Kerana saya akan berusaha, bersungguh-sungguh. Dengan izin Allah, melalui Herbalife. InsyaAllah.

I see people change. Why can't I? If he can, she can, they can, saya ponn boleh! And if I can, awak pon boleh! You just have to see things the way I did, the way they did. Borrow my eyes. :)

Indecision is the thief of opportunity. So, decide. 

Orang selalunya akan buat keputusan, before see things. Give yourself a chance. Tengok. Fikir. Then only you decide. If you berminat nak beri peluang kepada diri you in Herbalife, contact me 019-3752296.

Sunday, December 9, 2012

Random Post

Assalamualaikum WBT

Have you had your shake today? :")


How time flies.
Hari ini, is definitely not a better day compared to yesterday.
I wasted most of my time lazing around. Urghh! Husna, time management selalu FAILED! >.<

So, aku ada dengar Prof. Dr. Muhaya punya slot dalam ikim.fm: Jom Audit Diri. Prof cakap, setiap hari, list kan perkara yang kita tak suka tentang diri sendiri. Then, list lak perkara yang akan kita improve esok. Here's my list:

Perkara yang tidak disukai hari ini:

1) Tak manage time dengan betul. Banyak buang masa dengan tengok movie, tweeting, facebooking, tumblring, yeah wasting time doing nothing.
2) Demotivated, hopeless, helpless. Duhh~ >_<

Perkara yang perlu di-improve esok:

1) Perlu lebih hargai masa. Kurangkan masa tweeting nothing. Kalaw dok tweeting or facebooking sal Herbalife acceptable la. :D
2) Esok kena semangat! Semangat! Dan semangat! :D


Maher Zain - InsyaAllah

Dan inilah lagu yang selalu menjadi teman aku waktu sedih. :")

Lifetime Experience

Assalamualaikum WBT

Have you had your shake today? I had! Flavor whattt? <-- gaya Aiman Azlan. Strawberry! :D

Minggu lepas adalah minggu yang sangat hectic. Tests. Assignment.Training basikal. Nasib baik aku part-timer Herbalife, boleh kerja ikut masa. Memang minggu lepas, sehari 30menit ja kott aku bisnes. Alhamdulillah rezeki tetap ada. :")

Training basikal? Ahh yes, aku masuk Mountain Bike Relay. Tak percaya khan? Khan? Aku pon tak percaya. Tapi, don't know why, sejak sejak consume Herbalife ni, rasa makin sihat bertenaga, tu yang sibuk nak join sukan here and there. :D

BTW, yes mountain bike tu punya track 32KM, gilos kan? But, no problem! Tu yang aku training basikal tetiap hari. Join gym siap. Aku commit training dalam masa seminggu sebelum game. Training kul 5 petang - 7 malam everyday. Alhamdulillah after training takda masalah muscle pain semua, bertenaga lagi. Balik malam tu boleh study . :D

Hari kejadian: Aku baru taw yang Mountain Bike Relay ni bukan pakai track jalan tar tu. Ingatkan boleh berlalalala atas basikal sambil bekenalan dengan kawan baru. Rupanya off-road punya track! 

Pusing tasik, masuk hutan, lumpur, batu bata, kayu kayan semua. Ya Allah, serius mencabar!  Lepas tu time berbasikal tu takda urusetia yang jaga dalam hutan tu. Jarak between players lak sangat jauh. Aku dok berdoa minta Allah permudahkan urusan, bagi aku semangat untuk kayuh ja! Serius kena tinggi self-motivation. Time tu jugak aku duk bayangkan ular keluar tetiba laaa. Pelik kan? *fyi, aku tak pernah camping, so memang tak pernah masuk hutan ni semua, tu jadi cenggitu.*

Macamni laa keadaannya, tahu? Plus lumpur-lumpur lagi. And track-nya lagi kecik.
Aku siap terjatuh dalam lumpur. -..-


Aku lak bukan la penunggang basikal propesional, mana reti nak tukar gear yang sesuai untuk lumpur, naik bukit, laluan berbatu semua. Aku redha jaa pakai gear apa tah yang kawan aku pakai sebelum ni. Sadis lak rasa.

Walaubagaimanapun (peh siap penanda wacana), aku berjaya habiskan the race. Group kami, wakil Fakulti Sains Kesihatan manage untuk dapat tempat ke-4. Not bad kan? Bhahahaha.  :D

Oh yea inilah kami berlima. See? Bermandikan lumpur. Tak pernah aku kotor cemni taw!
Tapi kan, best jugak sekali sekala jadi comot cemni. :D


P/S: This is an experience of a lifetime! Priceless! Boleh cerita kat anak-anak nanti. #Eh #tetiba

Friday, November 2, 2012

Alphabetical Facts

  • Assalamualaikum WBT

Have you had your shake today? Belom? Okay, patotla nampak macam takda energy ja. :P

Harini supposed to be hari yang busy, sebab aku ada assignment untuk disiapkan. Tetapi, memandangkan aku flight of idea seketika, so aku main benda ni sat. Amik dari Tumblr.com rasanya. :D

  • A: Age. 22
  • B: Where I'm from. Kedah
  • C: Where I would like to live. Kedah
  • D: Favourite food. Anything yang dimasak oleh my mom!
  • E: Religion. Islam
  • F: Sexual orientation. Straight!
  • G: Single/taken. Single
  • H: Favourite book. La Tahzan: Jadilah Wanita Bahagia, Di Mana DIA di Hatiku, Langit Illahi.
  • I: Eye colour. Black-brown
  • J: Favourite movie. Ayat-ayat Cinta, Princess Diary, Mohabbatein, 100 days with Mr.Arrogant, A Stupid Little Thing called Love, etc
  • K: Favourite TV show. Desperate Housewives, Survivor, Amazing Race,etc
  • L: Favourite band/singer. My Chemical Romance, Maroon 5, DBSK
  • M: Random fact about me. I procrastinate things a lot lot lot! Dan saya sukakan SENI ! :)
  • N: Favorite day of the year. 2nd January 1990. The day my mak bertarung nyawa untuk melahirkan saya. Thank you mak! ILYSSM! <3
  • O: Favourite colour. Turquoise
  • P: If I have any pets; if so, their names. Kitty
  • Q: What I'm listening to right now. A sound of TV, sound of kipas, my adik sembang and bunyi plastik that my tok tengah pegang. :D
  • R: Last movie I've watched. Can't recall.
  • S: What's my ringtone. You Came To Me - Sami Yusuf
  • T: Favourite male character from a TV show. Fahri from Ayat-ayat Cinta
  • U: Favourite female character from a TV show. Aisyah from Ayat-ayat Cinta
  • V: What my name means. Nurul Husna: Cahaya Kebaikan
  • W: Favourite superhero. None of them are my favourite. Pakai baju gaya tak pakai baju. -..-"
  • X: Celebrity crush. Lee Min Ho <-- current celebrity crush. Brad Pitt <-- former celebrity crush
  • Y: My birthday. 2JAN1990
  • Z: Ever self-harmed? Err. No. I think. O_O

Okay siap! Teruskan mencari idea buat assignment! Jom!

P/S: If I update the next entry in 10 minutes, meaning that, memang aku takda idea nak karang assignment T__T 


Zzzzzz. Kena minum Tea Mix dulu. Otak asyik lemlembab ja. -.-"


Monday, October 8, 2012

Dekat dan Jauh

Assalamualaikum WBT

Have you had your shake tonight? :D

Sebelum tu, are you a gadget lover? <-- (Taktau lah kesampaian tak pertanyaan English aku ni). So, adakah anda semua pengikut setia gadget (main fokus: smartphone) ?

Before this, aku bukan jenis I follow gadget yang canggih manggis ni. I mean aku tahu lah, dah release Samsung blabla, Blackberry blabla, Iphone blabla. Cumanya, aku jenis tak berminat nak beli-beli benda ni sebab aku rasa macam rugi. At the end, fungsi benda-benda ni back to basic: calling and texting. Not to deny, smartphones ni ada la adds-on yang aku suka: Internet & Games. :D

|Google|

Somehow, aku tak kisah sangat internet dekat phones ni sebab tak best pon online kat situ. Back to old timer, online guna laptop gak best. Games kat laptop pon best. Besaq gabak!

Tapi, sejak masuk sem ni, best friendsss aku pakat pakai smartphones. Masing-masing duk online, update status, komen-komen kat FB, whatsapp, main game siap. Walaupun aku agak jeles depa boleh online dengan bahagia, sedangkan aku kena dengar lecture, tapi aku tabah lagi.

"Kalau ada smartphones, nanti online dalam kelas, tak baik." Okay, hati kecilku berbisik.


-|Tumblr.com|

Haha. Comelnyaaa! Geram! T__T Okay. Gambar takda kaitan! Sila teruskan pembacaan. 


Then, bila habis kelas. Di cafe or di bus stand. Masing-masing keluarkan phones, online, whatsapp.
Aku -__-". Mulalah sadis! Gaya macam makan sorang-sorang, tunggu bus sorang-sorang, takda kawan nak bersembang!

Aku kuatkan hati lagi sebab aku fikir nak beli smartphone, paling-paling pon terbang RM1000. Baik aku simpan, kumpul duit tiket pi travel mana-mana!

|Tumblr.com|

So for the time being, aku bawak buku, bila-bila masa free, takda kawan nak sembang, aku baca buku. Lagi bagus kan? Buehehe! ;)


P/S: So, yang ada gadget tu, jangan nak pinggirkan kawan yang takda gadget tu. Sadis taw. T_T

P/S/S: Nampak tak? Teknologi tu mendekatkan yang jauh, menjauhkan yang dekat. Huh. >__<"

Potret Wajah

Assalamualaikum WBT

Have you had your shake today? :")

Aku pernah berjanji untuk tulis blog bila mana tengah gembira saja. Sebab di luar sana, orang nampak aku as a happy-go-lucky person. Maybe sebab aku selalu portray muka aku yang happy, gelak-gelak, buat lawak depan semua orang. So, I try to portray the same thing here. :)

|Tumblr.com|

Perempuan ni complicated sebenarnya. (Tak adil lak aku pi sepah semua perempuan ni complicated. HOHO) Sebenarnya aku yang complicated, kadang-kadang tetiba ja sedih. Dengar lagu sedih, jadi sedih. Baca cerita sedih, jadi sedih. Tengok drama sedih, jadi sedih. Complicated kan? Entahlaa.

Tapi the best thing is, aku selalu akan cepat-cepat keluar dari that situation. <-- (puji diri sendiri) ;D
Tak elok bersedih lama-lama ni, awet tua lagi ponn. HOHO

Selalunya, what I do, bila sedih, ambil wudhuk, solat, then cerita pada Allah semuanya melalui hati. Nangis puas-puas. Lepas solat, baca Al-Quran. Alhamdulillah sedih itu hilang. Then, boleh senyum balik dekat semua orang. :)

|Tumblr.com|


Kalaw tengah off-solat, masa tu aku akan teringat blog. Bukan maksudnya tak boleh mengadu pada Allah, boleh. Tapi, bila tak sujud, tak dalam wudhuk, tak dalam bertelekung, tak dalam solat. Rasa jauh, rasa tak lengkap, tak puas.

You guys, lelaki sangat beruntung, tiap-tiap hari boleh jumpa Allah. Perempuan ni, bila masa hari tak dapat 'dating' dengan Allah, rasa down sangat. T__T
Dan ofkos, setiap apa yang Allah jadikan, ada hikmahnya. :)
P/S: Selalunya entri waktu tengah sedih, tengah down, aku simpan dalam draft. Tapi, this time, aku publish. Kenapa? SAJA! :D

P/S/S: You guys boleh baca tentang anatomy&physiology perempuan, Allah sertakan macam-macam hormon dalam badan perempuan, susah nak faham sebab very complicated. Yes. Woman is complicated.

P/S/S/S: By the end of writing this entry, emosi aku sudah pon kembali stabil. Pelik kan? HOHO :D

Friday, October 5, 2012

Memilih dan Dipilih

Assalamualaikum w.b.t

Have you had your shake tonight? YES! I had! :D

Tadi aku ada terdengar cerita tentang kisah-kisah percintaan. Ada satu kisah ini, agakla menarik perhatian aku sebab aku ada different perspective and opinion. Okay, situasinya more or less macam ni.

" Ali (bukan nama sebenar) bercinta dengan Ani. Setelah sekian lama bercinta, tiba-tiba Ali buat hal, ter-bercinta dengan seorang perempuan lagi, namanya Ati. Ali kemudian kantoi dengan Ani. Ani ponn sebulat suara suruh Ali buat keputusan, pilih antara dirinya (Ani) dengan perempuan lagi sorang(Ati).... "

Faham the situation?



Aku cuma nak express kat sini yang if I were in that situation, aku tak akan bagi option macam tu dekat lelaki tu. It just, bagi aku la, aku rasa macam diri aku ni unworthy bila biar orang pilih-pilih kita macam tu. Rasa macam tak bernilai. You know, macam... macam tu lah! (Wordless. Bila dah jumpa that suitable words, I akan letak di dotted line tuh nanti.)

Bagi aku, if you love someone, you'll love only that person, no one else. If you suddenly ada dilemma, meaning that your love for that someone earlier tu tak mendalam mana pon la. Dalam situasi di atas, dapat lihatlah yang Ali ni takda lah betul-betul sayang dengan Ani.

So, if I were in that situation, rather than bagi lelaki yang tak guna tu buat keputusan, baiklah I sendiri yang buat decision, which is to end the relationship, of course. Kemudian, boleh muhasabah diri balik tentang perkara yang dah lepas-lepas tu, apa yang kita buat masa bercinta tu, etc. 


Girls, please love yourself. Make yourself worth. Jaga maruah kita. :)

BTW, I always love this quotes:

"Don't care too much. Don't love too much. Don't trust too much. Because that 'too much' will hurt you so much."
(Applied untuk percintaan sebelum nikah sahaja)

About percintaan sebelum nikah lak.

ALLAH SWT berfirman:

" Janganlah kamu menghampiri zina . 
Sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(surah al - Isra' 17 : 32)


"La taqrabu al -zina"
(Janganlah kamu menghampiri zina)



Cinta High Class. Cinta selepas nikah. InsyaAllah. :") <-- tanda terharu + malu.

Semoga kita semua dijauhkan dari perkara yang menghampiri zina. Amin. :)



Saturday, September 29, 2012

Steamboat & BBQ Best

Assalamualaikum w.b.t 

Have you had your shake today? Hihik soalan wajib. :D

Semalam pi gathering kawan-kawan time diploma dulu. Kami start bertolak pukul 7.00 malam, convoy ramai-ramai (7 biji kereta) nak pi serbu steamboat dekat Kuang-D'Manggis Cafe. Ni percubaan kedua pi steamboat tu. Percubaan pertama, sesat tengah jalan, end up pi Damansara, makan kat Ice Room. HAHA :D

Percubaan Kedua, Alhamdulillah sampai. Pi solat dulu, then MAKAN!!!

Makanan sangat banyak! So, bolehlaa nak sepah makan banyak mana ponn. Steamboat kan. :D


Haaa sedap! Daging rempah and daging black pepper tuuuu. Sup yang sedap lagi ohseemmm! *drooling* :|*


Posing sat sebelum makan. The fact nya, lepas makan ni, semua tunduk tak angkat kepala dah. Punya pulun makan, badak sumbu lalu depan ponn tak nampak.


Makan, makan dan makan. Meja kami makanan sangat banyak sampai budak-budak laki kagum dengan perut kami, makan tak benti. Haha. Baru berbaloi dengan RM20! And memang berbaloi-baloi ponn! Aku ponn pulun makan tak hengat hapa dah, sampai makanan naik sampai level tekak, tunduk sikit keluar semua. :D

Aktiviti standard lepas makan, perut dah kenyang, selepas mengucapkan Alhamdulillah ialaah... POSING! Haha standard lah kan? :D


Lepas makan and kumpul lemak + kalori dalam badan, masa untuk minum Tea Mix Herbalife. Bakar balik calories and lemak2 tadi. Nampak tak atas meja tu, yang bulat merah tuuu. Hoho :D


Aktiviti mengunyah, menelan, dan menggelak yang melampau mengakibatkan tudung hilang simetri. Jadi bentuk hapa tah. Malas layan! Nampak tak button tu? 
TURUN BERAT BADAN, TANYA SAYA BAGAIMANA! :D


Ada 2, 3 ketol yang tak sempat nak bergambar. Duk makan, tak keluar kedai lagi. 

"Makan sampai Lebam!"

P/S: Pada tika dan saat ini, tengok gambar-gambar makanan ni, serius laparrrrrr! Nak makan lagi camni. T___T

 Dan, pesanan dari penaja:

Turun Berat Badan, TANYA Kami Bagaimana! :D