Tuesday, December 21, 2010

Diri: Jangan Paksa Aku Makan Sayur ooii

Dilema hidup aku sebagai insan yang berlawanan dengan vegetarian. Panggil ape ha? Anti-vegetarian? Eh takkk! Aku bukan anti dengan vegetarian Aku support korang weyy sebab pandai jaga kesihatan. Hikhik.

Maybe boley panggil fobia dengan sayur kott? Ahhha Maybe!

Semua orang suka paksa aku makan sayur wooo. Aku paham la niat baik suci lagi murni dorang sebab nak bagi aku jadi sehat dan kuat kan. Tapi aku jugak minum milo, so boleh jadi sehat dan kuat laa.



Semua orang ugut nak blend sayur kasi halus-halus then paksa aku minum. Euuww tak dapat ku bayangkan!

Alkisahnya semua orang yang kenal aku tau lah yang aku tak suka makan sayur sampai pakcik jual burger kat pasar malam, abang jual laksa, makcik jual nasi goreng, adik jual roti canai telor and kakak jual mee goreng taw lah prihal keadaan diriku ini.

Sebabnya, kalaw aku order mesti cakap " Nasi Goreng Kampung NO SAYUR 1" , " Burger NO SAYUR 1", " Roti canai Telor NO BAWANG 1". ahha sebab tu aku femes sikit. Sikit jalah kan.




Family aku da berheni berharap dah, da memahami aku yang tak makan sayur nie, so depa memang tak pandang serong. ahaha i like~


Tetiba budak kelas aku pulak, kelas aku dekat UiTM nie haa. Tengah-tengah belajar pasal nutrition dalam badan. Well lecturer ponn cakaplaah orang yang tak makan sayur selalu kena sembelit!




Ceitttt! SATU kelas pusin kapla tengok haku. Aaaiii geram sungguh! Tengah-tengah kelas dengan ada lecturer boleh pulek buat temuduga terbuka kat aku tanya aku berak sembelit tak. Geram lerr nyah ooiii~

Then depa boleh gelak - gelak pulak. Aaaii panas pulak. Naseb baek dalam aircond, kalaw tak maunya aku jadi Hulk! hah amek hang hijau satu badan. Tak makan sayur ponn jadi hijau beb.




P/S : Eventhough aku tak makan sayur, tapi aku ada amek supplement taww. Spirulina lah, Vitamin lah and segala macam lah. So takda persoalan aku sembelit or tak okies? Kadang-kadang tuh adalaa kan. Hehhee~

Spirulina. Nie lah makanan aku tiap-tiap hari ganti veggie. Uhuhu~

Info: Bus Terpilih

Assalamualaikum semua!

Mesti semua orang dah tau news pasal kemalangan bus yang dasat pagi tadi kan?

Sapa yang taktaww memang laa kucing bawah besen!Nah bukak link nih : 27 terbunuh kemalangan di Simpang Pulai. Aku malas nak cerita hehek.

Bukan bas nie yang eksidan pagi tadi taw. Gambar sekadar memeriahkan suasan hihik.


Aku ponn disini nak meluahkan dan meludahkan isi hati aku ni ha. Sabtu nanti aku nak balik KeyeL naik bus. Takot weyyy!

Serius takot! Aishh~ aku dengar ura-ura nanti ada train laju nak buat dari Kedah - KeyeL. Kononnya 2 - 3 jam dari Kl - Kedah. Pheww~ kalaw camtuh tiap minggu aku balik rumah!  Huhh bila lah nak siap haa? Berjanggut berbelang aku tunggu taww!

Train jepang nie somel kan? Macam lintah bulan. hakhak



Aku nie bukannya jenis poket tebai mai nak habaq. So tak bolehlaa nak book ticket flight! Hikhiuuu~ *bunyi aku teriak*

Teringin lak nak jadi pramugari. heheh tinggi memang da lama lepas. Cuma sangkut kat muka jak. hahak




Nak nek train sampai 12 jam. Hah! Tak hengen haku. Pejam celik pejam celik. Dok tak sampai sampai lagi haa.Boleh cramp abeh semua muscles haku. Silap silap time da sampai terus kena pakai whhelchair sebab numbness satu badan. Hehh!
Lama sungguh la ketapi nie. Bila nak siap yang baru?


So terpaksa laa nek bas. Harapnya selamat lah. Aku selalu naik bas Pancaran Matahari. Ahaha memang terpancar matahari yaww~

Cantek kan? Bas baru nih. Driver bus drive memang best lah. Tak laju, tak lembab sangat.

Nie kat bahagian dalam. Memang luas lah sampai kaki aku yang panjang pun tak lepas nak letak kat tempat letak kaki taww. Ha bayangkan! bayangkan lagi!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

P/S : Heheh tetiba aku rasa macam promoter bas nie lak. Kena mintak discount dari tokey bus camni.

Monday, December 20, 2010

Info: Tukarkan RM50 dengan RM100

Assalamualaikum!

Malam nie aku nak luahkan dilema aku nie. Okay tak payah cakap banyak-banyak. Straight to the point terus!

Aku ada dengar ura-ura khabar angin wangi dari kampung sebelah bahawa kalau tukarkan not RM50 limited edition kat bank, nanti kita akan dapat or bank akan bagi balik 2 keping not RM50 yang tak limited edition.
Persoalannya BETOI ka TIDAK BETOI?



Meaning, kita tukarkan not RM50 limited edition dan dapat RM100.



RM50 limited edition tuh sempena 50 tahun kemerdekaan. Sekarang dah 2010. So boleh tukar lagi tak? Or aku yang out dated sebab lanie baru taw. Or menda alah nie khabar angin busuk yang menipu ja?



Dahlerr aku ada 4 keping nie RM50 limited edition taww yuu. Hah penat aku puasa sepanjang bulan sebab duk save duet nie takmaw guna. Hehh~ kalaw betolla boleyh tukar macam nie, aishh kenyang aku sepanjang bulan. hakhak >________________<

Ni bukan duit aku taww. Google image punya. hakhak.