Sunday, July 31, 2011

Bahasa Yang Romantis

Assalamualaikum.

Sambil buat roti nan yang di order, 3 orang pakcik Pakistan berborak kosong dalam bahasa yang tak dapat dikenal pasti namanya.

Sorang cakap "Nehi, nehi", sorang lagi cakap "Pyaar kaste hai".
Sah tengah speaking bahasa yang sama Shah Rukh Khan guna bila berdialog dengan Kajol dalam Panggung Sabtu.

" Dil to pagal kuch kuch mohabbatein hai. " 
|Google Image|


Tak pasti jampi serapah apa yang hinggap, tetiba rasa bahasa hindustan nie romantis lak. Eventhough, apa benda dia cakap memang tarak paham.

Fius otak mengalami short circuit mungkin. =.="

Tuesday, July 26, 2011

SEGMEN ILMIAH:JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA

Assalamualaikum.

Mungkin aku yang tak mencari atau memang jarang orang buat segmen yang berilmiah dan berunsurkan Islamik. But, segmen nie adalah segmen pertama aku jumpa yang berunsurkan Islamik, which is very good untuk menambahkan ilmu yang ada di dada.


Good segment, good intention by the pemilik segmen. So, there's no point untuk tidak join segmen nie. For those interested, silalah kelik link yang diberikan di bawah.


I - Header and link pemilik segmen:







II - Hadis pilihan yang nak di share:

HADIS 1



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,”Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan”.(Riwayat Muslim)

HADIS 2


Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...” (Abu Daud dan at-Tirmidzi)



III - Orang yang telah ditag :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perkongsian Ilmu Diamalkan Demi Menjana Iman dan Memanfaatkan Kehidupan Dunia Untuk Bekalan Akhirat.

Sunday, July 17, 2011

Orang Bagi Ambil Ja

Kepada rakyat-rakyat jelata sekalian, tolonglah hulurkan tangan amek flyers bila orang bagi. Susah sangat nak hulur tangan? At least boleh jugak bakar lemak bawah ketiak tu bila angkat turun tangan. Takda lah bila melambai tu, tangan and isi bawah lengan melambai serentak.


Okay fine, mungkin bukan nak jimat lemak bawah ketiak kan? Maybe tanak amek flyers sebab takut kena tangkap dengar explanation kan? Tak suka kan dengar explanation?

|Google Image|


Tapi, kami sebagai flyers distributor cuma nak bagi explanation to those yang nak dengar explanation ja. For you you you yang tanak dengar explanation, it's okay but please please tolong amek flyers tu.

Serius sedih gila bila bagi flyers, orang lari jauh-jauh, show "NO" sign or buat facial expression yang sadis lagi kejam. 

|Google Image|

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Last week job ----> Flyers Distributor. 
Location: Shopping complex
Duration: 2 hours


Result: Cuma tengok rakan sekerja bagi flyers. And I end up jadi tugu negara di situ. Kecewa dengan diri sendiri sebab takda the "keberanian". 

So, hargailah orang yang memberi flyers dengan mengambil flyers mereka.