Sunday, September 25, 2011

Bukan Care Less

Kenapa? Kenapa aku jenis yang tak reti comfort orang. I just dont have the gift, the words untuk mengcomfortkan seseorang. Tidaaaak!

Nak kata care less, BUKAN. I do care, tapi, it just, aku tak reti nak nasihat/comfort/tenangkan orang.
Ahh! How do I explain this?

.......................................................

Situasi 1: Kawan Failed Exam

Dia kol aku nanges nanges. Aku suddenly speechless, textless. So aku pon nanges sekali sebab sedih dan simpati kat dia. 
Aku pikir, kalaw aku cakap kat dia jangan nanges, jadi unfair, sebab let say aku yang failed, for sure aku akan nanges gak. T_T

................................................

Situasi 2: Abah Kawan Sakit Teruk

Dia mesej ceritakan perihal yang berlaku. Aku hanya mampu simpati, then suruh dia bersabar, bertabah and doa agar abah dia cepat sembuh. 
Tu pon aku rasa unfair nasihat kat dia macamtu, sebab if I were in that situation, reaction aku lagi teruk. Again, speechless, textless. T,T"

......................................................................

Ahh TIDAK! This is so frustrating. Aku rasa aku bukan seorang kawan yang bagus. Tak reti comfort seseorang, kawan sendiri pulak tu.

It's sad being like this. Aku kecewa dengan diri sendiri. T______________T

Friday, August 19, 2011

Cara Hilangkan Ngantuk Time Terawikh

Assalamualaikum.

Bagaikan terkena sumpahan, setiap kali bertakbiratul ihram time terawikh, mulut mesti ternganga jugak.

Suasana surau yang sejuk and gelap memang pakej lengkap untuk terlelap. One night, aku tertido time solat. Then terjaga sebab tetiba ja aku ter ruku' sorang-sorang kat situ. *Kalawlah aku ni burung kasawari, dah lama aku benam kepala dalam lantai simen surau tuh.*

Sejak event bersejarah tuh, segala cara aku try untuk elakkan ngantuk time terawikh. Makan sikit time berbuka, minum nescafe, mandi, etc tapi takda efek gak.

Malam tadi ngantuk lagi. Till, ada sorang budak nakal baling mercun bola masuk dalam surau. Gila terkejut jantung mata hati peparu sampai ke rakaat last tak ngantuk ooh.

Sebab xreti lukis, so aku culik gambor ZackZukhairi punya.


Aku rasa ni lah satusatunya cara yang paling berkesan kott. >,<" Ada tak cara lain yang lebih berkesan?



P/S: Budak yang nak main mercun, tolong jangan main time orang terawikh, kesian jemaah semua terkejut.


Tuesday, August 16, 2011

Segmen Kuih Raya Feberet Bersama Spanar Buruk

Assalamualaikum.

Walaupun dari petang tadi telah diinvite oleh pemilik segmen, Macik Spanar Buruk, pas berbuka baru boleh juin segmen ni. Kalaw join awal tadi, mau terliur aku nengok gambo-gambo kuih raya. 

Siapa rasa cam suka makan biskut raya, moh join segmen nie. Sila kelik link di bawah:




Kalaw diikutkan, semua jenis kuih, asal nama kuih raya, for sure akan jadi feberet aku. Disebabkan syarat penyertaan kena letak 2 jenis biskut ja. Ni la 2 ketul biskut dalam toplist aku.

1. Biskut Y
Biskut Y yang sedap. |GoogleImage|

Penah makan biskut Y? Bentuknya macam huruf Y, sebab tu panggil biskut Y. Aku tak reti buat biskut ni. So, every raya aku akan p makan kat umah Mak Chaq aku. Sedap gila biskut ni. Rasa dia ala-ala manis buah gitu. Then rangup gila kalah kopok mamee. Overall sedap gilagilalah biskut nie. 


2. Biskut Almond London
Biskut Almond London yang sangats best. |GoogleImage|


Biskut nie rasanya semua orang pernah makan. Biskut ni aku reti buat. Every raya, aku akan buat 1kg-2kg tepung (4-8 adunan)  sebab 1 family fevret biskut ni. Biskut nie sedap sebab crunchy gila, then ada rasa coklat lak. Bila makan biskut nie rasa full of surprise, sebab tetiba ja terkunyah badam yang tersembunyi dalam biskut.


Tamat biskut feveret, saya mengetag 5 orang sekali;
1. Abang Kawasan
2. Lynn
4. Merah
5. Kenny

Siap!
Selamat Bersahur dan Selamat Berpuasa. ^^,,


Monday, August 15, 2011

Novels.Names.Babies

Disebabkan pengaruh novel yang melampau, nama-nama lelaki seperti Haris Haikal, Adam Fariss, Zharif Haikal. etc memang dalam toplist nama-nama fevret aku. Mulalah sajes nama untuk adik, berangan nak letak nama anak, berangan dapat boyfren nama camtu. Oh!Tidak.Hidupku penuh angan-angan.  =.="

Tapi sejakduamenjak ni. Aku rasa nama seperti yang tertera diatas adalah tidak lagi cool. Don't know why, maybe sebab dah less interested in reading novels, but somehow, I prefer nama yang lebih klasik. Tidaklah maksudnya nama seperti Jumaat bin Sabtu. If ada yang nama Jumaat bin Sabtu, No offense pliss.

But, nama seperti Umar Farouq, Imran Yusoef *nama adik/abang kawan*, Hamzah Ian Irsyad, Fariss Wajdi. Nama-nama ni seems cooler and ada gabungan maksud yang baik. Nama-nama ni jugak seems more manly. Sesuai sangats lah kalaw nak namakan anak lelaki masing-masing ya.

Oh sangats cute. All babies cute btw. 
|GoogleImage|



Actually, kat bazar tadi petang, terjumpa sorang babyboy yang comelcutemiut.  Tetiba terpikir lak sal nama-nama best untuk babyboy. Langsung tak berkaitan kan. Okay abaikan. =.="

Selamat Bersahur and Berpuasa. >,<"


Tuesday, August 2, 2011

SEGMEN TAULADAN: JOM INGAT PESANAN IBU AYAH

Assalamualaikum.

Sekali lagi, segmen yang berilmiah lagi bertujuan baik telah dihasilkan oleh the pemilik segmen, TheSyafiqMokhtar. Bulan Ramadhan yang baik lagi mulia ni, eloklah join segmen yang bermanfaat macam ni. Taklah jadi sia-sia sangat bila surf internet.

Interested? Do the click the link below.



Dari saat pertama lahir ke dunia hinggalah saat sekarang, mak abah adalah orang yang paling banyak bagi nasihat and pesanan. Even, kadang-kadang if ada masalah or dilema hidup, parents will be the first one orang yang aku minta nasihat as they're the most trusted persons for me.

Ini adalah antara pesanan yang tak pernah hilang dari ingatan aku and I'll remember 'em for the rest of my life. InsyaALLAH.

Pesanan 1
Mak Abah pesan, "Ingat, jangan pernah tinggal solat dan jangan lupa baca Al-Quran."

Pesanan 2
Mak Abah pesan jugak, " Along, mak abah tak dapat nak tinggal banyak harta untuk along dengan adik-adik. Mak Abah hanya mampu bagi pelajaran saja. Jadi, belajarlah rajin-rajin."

Pesanan 3
Mak Abah pesan lagi, " Kalaw mak abah pergi dulu nanti, jaga adik-adik elok-elok. Jangan berpecah belah bergaduh sesama adik beradik."


Tsk~ rasa cam nak nanges lak.  T_T

Saya mengetag:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
= Salam Ramadhan Al-Mubarak =
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tolong klik iklan dibawah boleh? Tengkiu 

Sunday, July 31, 2011

Bahasa Yang Romantis

Assalamualaikum.

Sambil buat roti nan yang di order, 3 orang pakcik Pakistan berborak kosong dalam bahasa yang tak dapat dikenal pasti namanya.

Sorang cakap "Nehi, nehi", sorang lagi cakap "Pyaar kaste hai".
Sah tengah speaking bahasa yang sama Shah Rukh Khan guna bila berdialog dengan Kajol dalam Panggung Sabtu.

" Dil to pagal kuch kuch mohabbatein hai. " 
|Google Image|


Tak pasti jampi serapah apa yang hinggap, tetiba rasa bahasa hindustan nie romantis lak. Eventhough, apa benda dia cakap memang tarak paham.

Fius otak mengalami short circuit mungkin. =.="

Tuesday, July 26, 2011

SEGMEN ILMIAH:JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA

Assalamualaikum.

Mungkin aku yang tak mencari atau memang jarang orang buat segmen yang berilmiah dan berunsurkan Islamik. But, segmen nie adalah segmen pertama aku jumpa yang berunsurkan Islamik, which is very good untuk menambahkan ilmu yang ada di dada.


Good segment, good intention by the pemilik segmen. So, there's no point untuk tidak join segmen nie. For those interested, silalah kelik link yang diberikan di bawah.


I - Header and link pemilik segmen:







II - Hadis pilihan yang nak di share:

HADIS 1



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,”Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan”.(Riwayat Muslim)

HADIS 2


Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...” (Abu Daud dan at-Tirmidzi)



III - Orang yang telah ditag :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perkongsian Ilmu Diamalkan Demi Menjana Iman dan Memanfaatkan Kehidupan Dunia Untuk Bekalan Akhirat.

Sunday, July 17, 2011

Orang Bagi Ambil Ja

Kepada rakyat-rakyat jelata sekalian, tolonglah hulurkan tangan amek flyers bila orang bagi. Susah sangat nak hulur tangan? At least boleh jugak bakar lemak bawah ketiak tu bila angkat turun tangan. Takda lah bila melambai tu, tangan and isi bawah lengan melambai serentak.


Okay fine, mungkin bukan nak jimat lemak bawah ketiak kan? Maybe tanak amek flyers sebab takut kena tangkap dengar explanation kan? Tak suka kan dengar explanation?

|Google Image|


Tapi, kami sebagai flyers distributor cuma nak bagi explanation to those yang nak dengar explanation ja. For you you you yang tanak dengar explanation, it's okay but please please tolong amek flyers tu.

Serius sedih gila bila bagi flyers, orang lari jauh-jauh, show "NO" sign or buat facial expression yang sadis lagi kejam. 

|Google Image|

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Last week job ----> Flyers Distributor. 
Location: Shopping complex
Duration: 2 hours


Result: Cuma tengok rakan sekerja bagi flyers. And I end up jadi tugu negara di situ. Kecewa dengan diri sendiri sebab takda the "keberanian". 

So, hargailah orang yang memberi flyers dengan mengambil flyers mereka. 

Tuesday, July 5, 2011

Alam Barzakh dan Facebook, Twitter, Blog sbg

Assalamualaikum

Tengah bukak twitter semalam,tertarik lak dengan tweet abang sorang nie. Kemain dia mengutarakan pandangan, isi hati and buat cetusan hati dan dedikasi kat twitter. Ada yang reply balik menyatakan sokongan. Ada yang reply balik menyatakan maki hamunan. Aku cuma print screen page dia dan unfollow. Kenapa? Tahlerr maybe terlalu lantang kata-katanya buat aku hilang mood.


|Gambar ini bukanlah contoh tweet yang lantang|



Semangat sungguh abang ni. Rajin tweet memperingati follower sekalian sal rukun negara dan lagu negaraku. Never say tweet abang tak bagus, bagus jugak abang duk bagi reminder kat orang ramai. 
Tapi boleh jugak if abang guna semangat yang sama untuk memperingati follower sekalian sal rukun Islam dan rukun Iman. Lagi bagus. Tanya bila last mengaji Al-Quran dan menghayati rukun Islam dan rukun Iman semakin bagus. Dapat pahala jugak sempena bulan baik ni.


Walaubagaimana pun, bak kata abang ni " Sukahati aku lah. Aku hanya nak sampaikan pandangan aku. Kalaw tak suka boleh unfollow" Yepp, aku tertarik jugak nak guna ayat dia sekarang, "Sukahati akulah. Aku hanya nak sampaikan pandangan aku jugak. Kalaw tak suka, boleh unfollow"




Aku pun tengah mencoba untuk ber tweet tweet dan post-post perkara yang bisa mengajak diri sendiri dan orang ramai ke arah yang lebih baik. Nanti bila disoal dalam alam barzakh sal Facebook, Twitter dan Blog, ada la point untuk jawab, InsyaAllah. Sempena bulan baik ini. ayuhlah jadikan ia sebagai titik permulaan menjadi hamba Allah yang lebih baik. Amin. 

Monday, July 4, 2011

Segmen Mencari 50 Blogger Cun Untuk Bloglist

Assalamualaikum.

Malam yang sepi ni, ayuhla juin segmen uncle SYAF! 

Syarat-syaratnya seperti :

1. Anda mestilah perempuan: YES I'm a girl!

2. Buatkan satu entry lekatkan header diatas serta backlink kan ke segmen ini: DONE!



3. Komen blog SYAF: 

Sekadar Nukilan Ikhlas. Coretan Aku, Kamu dan Kehidupan. Nama blog yang sungguh mengharukan. Blog yang banyak serta penuh dengan ayat bunga bunga. Hampir terharu baca. Btw, suka ayat ni! Uncle Syaf buat sendiri eh ayat nie?

"Aku Hanya pEngHUnI DI Alam Nie.. mEnCarI sebERapa BanYak PenGaLamAn Dalam MeNiti pErJaLanAn Hidup ini SehinGGa Mata TertUtuP"

    4. Ceritakan tentang blog anda:

    Blog ni takda spesifik tentang. Kadang-kadang tuan dia blog pasal isu semasa, kadang sal pengalaman hidup yang mengajar menjadi lebih dewasa, kadangsal motivasi (kononnya). Yang pasti blog ni bukan dibina untuk mengajak, berkempen untuk benci sayur. 

    5. Post entry ke ruangan komen: DONE! 

    Tuesday, June 28, 2011

    Stress Can Never be an Excuse

    Assalamualaikum.

    "Aku tengah stress, tolong jangan kacau"
    "Kau buatkan lah kerja tu, aku stress takda mood nak buat"
    "Aku stress and fade up dengan family/boyfrend/study/hidup aku bla bla bla"
    etc

    For me, dialogs nie memang untolerateable. Sebut pasal stress, semua orang di dunia kecik besor tua muda kaya miskin, semua, ada stress masing-masing.

    For example, 2-weeks baby stress sebab mummy tak paham yang dia sakit perut, mummy asyik nak susukan dia ja. 2-years old kid stress sebab asyik jatuh bila berjalan. And nenek umur 60 tahun stress sebab gigi palsu selalu tercabut bila makan rendang, etc.

    Cute la burung nie ^^,, |Google Image|

    See? Everyone, everybody in the whole world has their own stressor (stressor = pencetus stress) yang menyebabkan masing-masing stress. So, takda penyataan yang aku sorang ja stress, kau tak stress.



    It doesn't matter how much or how little your stress is. The only thing that matter is the way you cope or deal with your stress. If you have very high coping skills, your stress will soon fade away, InsyaAllah. But, if you have very low coping skill, the smallest stressor ponn boleh buat you admit ke psychiatric ward.


    |Google Image|


    So, sit back and relax. Every problem akan ada solusinya yang tersendiri. It's your job untuk cari the solution. Stress juga tak bagus untuk awet muda. (+_________________+)

    Thursday, June 23, 2011

    Sikap Manusia Moden

    Nino nino nino~


    |Google Image|

    Rasa terharu bila kat tengah-tengah jalan masing-masing bagi laluan kat ambulans yang tengah bunyi. Dulu driver masing-masing ada the sikap berperikemanusiaan. Sekarang, jenuh ambulans bagi siren, mostly buat pekak, tak nak bagi laluan. 

    Ce bayangkan kalaw you yourself or your family members yang ada dalam ambulans tuh, seronok kalaw orang tak nak bagi laluan?

    Manusia moden nampaknya semakin tak paham maksud siren ambulans, bomba or polis. Aku rasa siren tu patot tukar, letak dialog lak pasni. " Tumpang lalu! Tumpang lalu! ". Maybe it should be in bilingual too. Who knows, ada yang tak paham Malay. =,=" 

    Saturday, June 18, 2011

    Becinta dengan Pesakit Mental.

    Assalamualaikum.

    Tengok movie dekat tv pasal pesakit mental yang obses dekat psychiatrist, serius scary. Terus teringat time aku praktikal kat salah satu mental institution negara kita. Ditempatkan di wad lelaki, sana sini situ nampak lelaki berbaju hijau atau sebaliknya (paham sendiri) Huh, jenuh jugak lari mata sana sini takot terpandang pemandangan yang tak sepatotnya dipandang oleh gadis pingitan. >,<"


    Pesakit-pesakit lelaki dekat sana memang lama tak jumpa perempuan So kalaw insan bergelar perempuan lintas, memang tak senang duduk. Senang cerita, kalaw nak rasa perasaan jadi artis silalah berkunjung ke sana. Nanti korang jalan, semua panggil nama korang, ada yang nak shake hand, nak peluk lah. First time, aku mengalami perasaan artis Hollywood. Artis Malaysia tak famous amous cemni. xD

    Kalaw masuk wad lelaki, mostly banyak patient muda. Age range between 18-25. Reason of admisson? Mostly sebab aggressive behavior disebabkan effect najis dadah or ganja or gam. Ada setengah yang good looking, handsome, cute. Boleh cair jugak.

    Wednesday, June 8, 2011

    Lagi Pengakuan Blogger

    Assalamualaikum!

    Kecoh sana sini pasal kes blogger reveal status dara dalam kalangan blogger, dekat twitter and facebook. Dekat surat khabar Metro last week ponn ada buat review pasal budak budak yang dah insaf mengaku pasal isu kedaraan masing masing. Sibuk masing-masing confess. Mungkin niat mereka hanya nak bagi kesedaran kat orang ramai so that tak ikot jejak langkah tu.

    |Google Image|

    Malam-malam buta nie aku ponn terdetik nak confess something kat blog nie. Bak kata orang blog nie kononnya diari elektronik. Yalah tuh diari. Diari terbuka maybe? Sila define word DIARY.

    Berbalik kepada confession tadi, nothing much nak confess. It just aku

    Friday, June 3, 2011

    Pengakuan status DARA blogger

    Assalamualaikum.

    Tadi ada terbaca sal kes blogger 14 tahun bangga post kat blog yang dia takda dara lagi. Woah aku malas nak komen or kutuk lah pasal statement dia tuh. Based on dia punya latest entry, budak nie jenis telinga lintah kott, tak kesah blogger lain kutuk dia and ada yang buat page kat facebook kutuk dia punya statement.

    So, aku ponn selongkar lah dia punya blog. Tengok tengok superficially dari first entry sampai entry last. Penuh la luahan hati and dedikasi bergambar kat entry dia.

    Bila tengok benda macam nie, baru aku sedar betapa teruknya kejatuhan moral dalam kalangan remaja sekarang, especially remaja Melayu, remaja ISLAM. Tak kesahlah remaja tinggal di urban or suburban.

    Thursday, June 2, 2011

    Marah, katalah benci

    Assalamualaikum.

    Jam pukul 1.00 tengah hari. Harini puasa ganti. Lagi 19 hari nak kena puasa. 9 puasa ganti + 10 puasa nazar. Penat gila, perut mula bunyi grok grek grok grek. Anak tekak mula nanges jerit jerit "nak air, nak air". Ulcer bawah lidah ada dua ketol mula menjadi kering kontang dan menjadi pedih dek kekurangan air.

    Cuti cuti memang aku amek kerja jadi housewife lah kat rumah. Cuti sekolah adik aku ada 3 ketol kat rumah. Yang kecik sekali selamat lah baru 3 tahun, so tak mendatangkan banyak problemas cuma dalam keadaan dia nak berpisah dengan

    Wednesday, April 27, 2011

    Baik Remove Iklan Nuffnang !

    Lama dah tak menaip kat sini. Huhh tengah tengah hari yang cerah, bukak nuffnang last week. Bukak bukak web tuh tetiba Oh- Am- Gee! ternampak sesuatu yang mengejutkan bagi aku. Serius tak sangka nuffnang macam nih.


    Tataw laa, aku ja laa blogger yang tah hape hape nie maybe yang terkejut berok camni. Blogger yang hebat hebat or dah lama yang dah telan asam garam dulu anggap biasa jaa. Tapi, aishh boleyy lak

    Saturday, April 9, 2011

    2 Pilihan Wanita untuk Lelaki

    Assalamualaikum and selamat petang!

    Just to give you an update, currently, I've completed my clinical practice at Hospital Besar Kuala Lumpur.
    Hip hip hippopotamus horrayyy! Okay back to the topic as mentioned, aku terbaca 1 article. In the article, woman are given 2 choices. So please please take a very very deep look into the choices below.

    Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah ada dua pilihan terbentang.





    PERTAMA: Kamu menjadi seperti KELAPA

    Saturday, March 26, 2011

    1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin

    Assalaamualaikum semua!

    Tertarik untuk juin contest setelah lama menyepi dari dunia contest-contest nie. Walaupun takde orang tag, aku dengan gagahnya ponn nak masuk contest nie sebab alang-alang baru post depan cermin last week.

    Nak join gak? Sila kelik sini:



    1. Buat entry bertajuk 1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin: DONE


    2. Banner Picture: DONE

    Thursday, March 24, 2011

    Breaking News: Earthquake di Thailand and Vietnam

    Assalamualaikum semua!

    An earthquake with a magnitude of 6.9 had struck Thailand 69 miles from Chiang Mai. Gegaran dapat dirasai hingga ke Hanoi, Vietnam. Causing people to evacuated from tall buildings.

    Source: Google Images


    Nampaknya, earth is getting old and he's sick.

    Sunday, March 20, 2011

    Beware! Hantu Suka Pempuan TAK Suka Laki

    Assalamualaikum semua ad selamat sejahtera!

    Pagi nie aku buat entry pasal hantu lak sebab . Benda nie jadi semalam lagi, tapi malam-malam malas lak nak wat entry sal benda camni. Malas oke? Bukan takut taww~Percayalah! =__="  *ayat cover

    |Google Images|


    Al-kisahnya semalam aku keluar Bukit Bintang, then dekat Pavilion. Betul-betul depan Pavilion. Ternampak makhluk halus tapi tak halus berjalan berlegar-legar depan tuh. Aku nampak dua ekor. 1 laki, cam hantu bungkus. 1 perempuan, rambut panjang mata lebam.


    Monday, March 14, 2011

    Pentingkah KAPEL time study

    Assalamualaikum and Selamat Sejahtera!

    Setelah banyak trial untuk wat intro yang menarik. Okay now, aku give up. Tayah intro-intro la. Straight to the point terus sonang maa.SO amacam ngan tajuk di atas?

    Aku memang tak tau lah sebab well, I kan single and ready to mingle mingle~ kah kah kah. Aku mengutarakan dan menselatankan persoalan nie sebab hari nie cukup 3 orang sesumpahkan nasihat begini kat aku. Seb baik 3 orang ja, kalaw cukup 44 orang, aishhh!

    Sunday, March 6, 2011

    Secret Garden for your Weekend

    Assalamualaikum dan salam sejahtera! *Pergh gaya cam nak bagi speech ja.

    Haha weekend nie rajin lak aku tulis entry, memandangkan sepanjang weekend nie aku tinggal sorang-sorang ja. Sadis! Semua orang balik. Aku ja masih di sini. Uhh~  TT__TT"  


    So, cuti aku yang panjang nie telah terisi dengan menonton drama korea Secret Garden. Keh keh da tengok belom? Dah tengok eh? Haha FINE, aku ketinggalan zaman. Actually kan, aku dah ada Secret Garden tuh dari last year lagi la. Dah download, cuma tak

    Saturday, March 5, 2011

    Info: Teknik Penipuan dalam Sayur

    Assalamualaikum semua! 

    Selesai sudah clinical placement bahagian kanak-kanak a.k.a pediatrics. Huh legaa~ lepas nie bahagian orang dewasa lak.  Lama tak tulis entry. Harinie tetiba aku nak tulis.

    Aku tengok la nie semakin ramai sangat dah generasi zaman kini ala-ala zaman moden lagi milennium tak makan sayur. *Ehheem~ termasuklah aku! Kalaw cenggini lah gayanya macam mana nak lahirkan generasi yang berkualiti? Cuba korang pikir.

    Huhh ayuhlah ramai-ramai menyahut seruan aku untuk makan sayur! *muka penuh nekad  (>,<)J

    So, ini adalah tips & trick untuk menipu

    Saturday, February 19, 2011

    News: Kehilangan members of KOREAN Vocal Boy Group.

    Assalamualaikum semua!

    Kepada semua peminat-peminat korea especially to kipas susah mati group-group laki korea seperti aku. Sila baca informasi sedih tentang kehilangan member group DBSK or Dong Bang Shin Ki aka TVXQ aka THSK.

    Sebelum ni, ada dengar kecoh-kecoh pasal dorang berpecah sementara and maybe akan reform balik. But, today... They are OFFICIALLY DISBANDED and will NOT

    Sunday, February 13, 2011

    Info: Tips Kurangkan EYE BAG

    Assalamualaikum semua!

    Dilema aku sebagai kelawar malam yang selalu tido lewat-lewat ialah kemunculan lingkaran gelap bawah mata. Nasib baik lingkaran gelap tuh baru sikit so tak laa obvious sangat. Kena ngadap cermin mak tiri snow white baru nampak. Nasib baik beg mata (eye bag) pun kecik lagi jugak. Uhuu memang bernasib baik da!


    Nasib baik jugak aku tak putih melepak, kalau tak kompem Persatuan

    Info: Tips Kurus: 5 JANGAN selepas makan.

    Assalamualaikum semua!

    Well, sila tengok jam tepat pukul 1.20 pm. Hah mesti semua dah terbungkang kenyang kan? Duk melengkaq-melengkaq kenyang pas makan nasi.

    Aku ja tak, sebab harini aku diet, tak nak makan nasi. Aku makan roti ja. Haha. *padahal malas p kedai beli makanan*. Kedai jauh lah! Longgar skru kaki I taw.

    Okay nie ada tips penting yang korang semua TAK BOLEH buat lepas

    Saturday, February 12, 2011

    Info: Warna Kegemaran & Personaliti

    Assalamualaikum! Lama aku tak buat entry.

    Okay dalam penat lelah aku berjalan keliling Sg Wang Plaza & Low Yat tadi, aku gagahkan jua untuk menulis entry ini.

    Back to the main point seperti yang tertera dalam tajuk di atas. Entry ni tentang your fevoritas kaler and kaitannya dengan personalitas masing-masing.

    Now, starting dengan kaler fevoritas aku ya iaitu MERAH. Anyone yang

    Sunday, January 30, 2011

    Me: Orang Tengok Aku Tengok

    Assalamualaikum semua.


    Sana sini orang duk cakap, duk kepohchi kecohchi, post kat Facebook laa, blog laa macam-macam laa. Aku ponn juin gak laa kekecohan and kekepohan yang berlaku. Uhuuu~ berbelit-belit arh ayat aku.


    Suka lah gambar Xiah yang ni.  Hihi~ okay gambar takde kaitan.
    |Google Image|




    Okay! STOP! Perkara utama yang ingin disampaikan ialah aku baru tengok cerita Khurafat tadi arahan Syamsul Yusof. Tengok wayang kat GSC Times Square. 






    Okay, memang agak lambat r. Aku rasa da 3 minggu kott cerita nie out kan. Well, sebab cerita melayu so aku malas nak tengok takot nanti rugi duit tiket ja. Tapi sebab ramai sangat yang cakap best kan, so aku ponn pi lah tengok dengan lagi 2 ketol kawan aku. Kawan perempuan okay? Ai tak pernah tengok wayang dengan kawan lelaki taw. Ai reserve untuk suami ai jerr jadi my first. Kah3 cara cakap macam pondan kat belakang aku tadi. 


    Aku tengok yang pukul 5.40 punya tu ponn da selling fast. Dapat seat dua dari depan. Pergh mau patah tengkuk aku melangut tengok!




    Okay. Haha berapa banyak okay daa. Sana sini orang bagi rating pas tengok movie. Tapi aku, sorri tak boleh bagi rating! Huuu~ sebab asal keluar muka hantu aku tutup muka. Kesimpulannya, aku memang tak tengok langsung muka hantunya. Memang tak puas lah tengok! T.T




    Tapi banyak kezut-kezutan laa. Sampai terketaq-ketaq aku. Jantung ponn berdebar-debar oh.


    P/S: Nak kena download Khurafat r. Tak puas tengok asek tutup mata ja. Huu :(

    Thursday, January 20, 2011

    Kontez: JOM GEGAR BLOG

    BEN ASHAARI BLOG: JOM GEGAR

    Keh keh keh segmen Ben Ashaari memang simple laa this time. SO aku ponn gedik nak memeriahkan suasana yang sememangnya kompem-kompem meriah tanpa aku. Kah kah kah.

    NO virus belog ini.
    NO heavy metal mental mentos punya widget.
    YA blog ini aku yang punya.


    Ok aku memang menepati syarat lah! keh keh keh~

    Hihi~ >______<

    Saturday, January 15, 2011

    Me: Untitled - Tak tau tajuk

    Assalamualaikum semua~

    Baru pas balik beli dan belah barang-barang kat Parkson and singgah makan petang kat gerai di Pekeliling, KL.

    Fuhh~ tetiba timbul persoalan.

    KENAPA MESTI BUKAK KEDAI IF TAK RETI MASAK???


    THEN CAJ MAHAL-MAHAL!!!


    Kaler merah. Bold. Font besar. Tanda seru 3 ketol. Tanda soal 3 ketol.

    Cukup nak buktikan yang aku tengah marah. Haa marah ni! keh3


    Haa tulaah aku tak paham gerai tadi. Caj dahlerr mahal. Nasi sikit lak. Tak sedap plak. Air ponn tak sedap jugek. Aishh panas ja. Sabor jalaaa. Huhh~ Masak ponn lambat. Pokoknya semua tak okay lah.


    Lesap duet aku . Lari bajet hiuuu~



    Lain kali kalaw tak reti masak, tak payahlaa bukak kedai. Masak kat rumah ja. Okay?


    P/S: Aku memang tak bole bukak kedai sebab masak tak sedap. Kah3 sedar diri. Bagus~

    Sunday, January 2, 2011

    Info: Sayur NAIK Harga la

    Aku terbaca shared link dari KAS or nama panjang lebarnya Kelab Anti Sayur. Linknya memberitakan sayur dah naik harga!



    Nah korang bacalah sendiri beritanya. Ni petikan berita okies?


    BERITA BAIK 2011: Harga sayur naik sehingga 125%..

    ALOR SETAR – Baru kecoh kenaikkan harga mendadak santan mentah diseluruh Negara, harga perbagai jenis sayuran di Kedah pula mengalami kenaikkan mendadak sehingga 125% dari harga asal sejak seminggu lalu.

    Tinjauan Sinar Harian dipasar Borong Persatuan Saudagar-saudagar Ikan Kedah di sini semalam mendapati kira-kira 10 jenis sayuran mengalami kenaikkan antara 50Sen sehingga RM20 sekilogram, termasuk Sawi, Bawang Besar, Ubi Kentang dan Tomato.

    Bagi Sawi harga naik daripada RM2 kepada RM4 sekilogram, manakala Terung meningkat antara RM2 hingga RM2.50 kepada RM3.50 hingga RM4.

    Cabai Kering meningkat dari RM7 kepada RM9 sekilogram, Asam Jawa meningkat sebanyak RM10 bagi kuantiti pek besar, Daun Sup naik daripada RM7 sekilogram kepada RM12 sekilogram dan Bunga Kobis mengalami kenaikkan 50 sen sekilogram.

    Kenaikkan harga tertinggi dicatatkan asam keeping daripada RM15 sekilogram kepada RM35 sekilogram manakala harga Ubi Kentang, Tomato dan Sawi pendek meningkat sekitar RM1.50 hingga RM3 sekilogram.



    sumber: http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-521008.html



    Hehe. Abeslaa korang korang yang suka makan sayur. Naseb baik aku tak makan sayur. Kah kah kah~


    P/S: Sayur penting untuk kesihatan tubuh badan yerr. Aku terkecuali sebab aku da makan spirulina tablet tiap-tiap hari. Pegganti sayur lah kiranya. Kih kih kih :D

    Me: Happy Birthday To ME

    Assalamualaikum semua.

    Yaa~ berdasarkan tajuk di atas. Tidak salah lagi harini memang besday aku. Miahaha kepohchii tak?



    Kehkeh untuk pengetahuan umum, aku nie memang jenis suka kepoh sal besday aku. Seminggu or lebih drastik kadang-kadang lagi sebulan aku da kepoh kat orang-orang yang tertentu.

    Haha memang tak malu kan aku? Hermm~ well, this is all from me :)

    Sape sape yang nak bagi hadiah boleh kelik-kelik nuffnang yerr. nanti dapat duet nuffnang boleh aku beli hadiah sempena besday. kah kah kah.

    Nak bear nih!! keh3~


    Bye :) Love you all~ Mood nak love semua orang hari ni. haha~

    Saturday, January 1, 2011

    Info: Korean BEFORE & AFTER surgery (Women)

    Assalamualaikum semua~

    Petang yang nyaman nie, aku nak story pasal artis-artis korea yang buat plastic surgery. Kalau korang baca kajian lah kan approximately 73% korean women undergo plastic surgery.

    Perghh~ banyak tak?? Manyak sih! And mostly of course artis perempuan.

    Memang berlambak yang dah buat surgery but this is antara pembedahan plastik yang terbaik lah.


    Kih kih. Ada tak artis-artis yang korang minat puja puja dalam gambar nie?

    Dasyat kan transformasi dorang? Terus jadi cantik cam gituh.



    Hebat tak? Hebat tak? kehkehkeh Hebat kan? Memang aku tabik berspring-spring lah kat Doktor yang operate dorang nie.

    Nie baru girls, boys ponn ada jugak yang undergo surgery. Nak handsome punya pasal kan? Nanti aku masuk yang boys lak. Tah-tah laki aku yang 3 ketol kat header tu ponn Fake gak. Ngehehe~


    P/S : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor menyatakan "Adalah HARAM melakukan pembedahan plastik sekiranya bertujuan untuk mengubah keadaan diri yang normal tanpa ada apa-apa sebab-musabab yang baik. Namun adalah Harus melakukan pembedahan plastik ini sekiranya terdapat sesuatu hajat yang penting seperti memperelokkan sesuatu anggota yang sumbing, cacat dan sebagainya."

    Info: FAIZAL YUSUF meninggal dunia

    Assalamualaikum semua.

    Baru terbaca berita kematian pelakon Faizal Yusuf yang juga bekas suami Siti Nordiana (Nana). 



    Faizal Yusuf yang terkenal dalam lakonannya sebagai Dani dalam Adamaya telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pusrawi, KL akibat serangan jantung sekitar jam 2.30 petang tadi.

    Jenazah Faizal masih berada di Hospital Pusrawi.

    Bersama-sama lah kita sedekahkan Al_fatihah kepada Allahyarham Faizal Yusuf. Semoga rohnya di cucuri rahmat. 

    Al- Fatihah.



    Sumber:

    P/S : Ajal maut tidak mengira usia dan tempat. Sama-samalah kita bermuhasabah diri.