Friday, July 20, 2012

Perubahan Bermakna

Assalamualaikum WBT

Apa khabar blog yang sudah lama ditinggalkan? Kalau ibaratnya blog ni sebuah rumah, pasti sudah berhabuk dan berhias sawang oleh labah-labah. Tugas hakiki seharian untuk dunia dan bekalan akhirat membuat aku kekurangan masa dan kehilangan minat untuk menulis di sini.

Aku sekarang, tengah merangka perancangan aktiviti untuk cuti semester ini. Bagi yang mengenali, mungkin sudah lebih arif tentang aktiviti aku sekarang. Bagi yang kurang mengenali, aku sedang belajar untuk terbang, terbang tinggi, nun di atas langit sana. InsyaAllah.

Kepada yang mengenali dan bertanya tentang perubahan diri aku dan family, di sini aku mahu ungkaikan satu rahsia. Ya, sebuah rahsia yang kini menjadi cerita untuk dikongsi untuk kebaikan kita semua.

Biar cerita ini bermula dengan pembuka cerita, mak aku sendiri. Seorang yang mengalami masalah berat badan iaitu kegemukan seberat 79kg, selalu pitam akibat rendah kadar Hemoglobin (darah merah), gastrik selama 14 tahun menyebabkan sentiasa letih, tidak bertenaga dan tidak ceria. Alhamdulillah, selepas menemui rakannya, Cikgu Zaini, dan membuat keputusan untuk memberi peluang kepada kesihatan badannya, ini hasilnya.


Cerita berkembang apabila abah aku, setelah setahun menutup peluang untuk diri sendiri, akhirnya membuat keputusan untuk berubah apabila tidak mahu lagi membawa badannya yang berat, ketika itu 77kg, juga menderita sakit Herniated Slipped Disc, tidak mampu berdiri dalam waktu yang lama, akan rasa panas di kedua belah kaki dan resdung yang membuatkan allergy pada debu. Alhamdulillah, Allah telah memberi hasil kepada keputusan yang diambil oleh abah. :)



Kemudian aku, si penulis cerita, mengalami masalah berat badan yang berkurangan walaupun makan banyak tak ingat mati, senggugut teruk sehinggakan doktor prescribed pain killer dan selalu mengantuk tak kira waktu. Hih. Sampai sahabat-sahabat selalu mengutarakan pertanyaan yang masing-masing sudah tahu jawapan. "Husna, ko ni pernah tak kalaw tak mengantuk?". Dan jawapan aku, hanyalah sebuah sengihan. Aku juga telah mengambil satu keputusan bernilai dan Alhamdulillah nilainya sangat tinggi.



Perkongsian saya berhenti di sini. Ini adalah cerita benar yang telah ditulis dan dirakamkan oleh Allah di dunia realiti dan saya menulisnya kembali di dunia maya. Semoga bermanfaat. InsyaAllah. ^__^