Sunday, December 9, 2012

Random Post

Assalamualaikum WBT

Have you had your shake today? :")


How time flies.
Hari ini, is definitely not a better day compared to yesterday.
I wasted most of my time lazing around. Urghh! Husna, time management selalu FAILED! >.<

So, aku ada dengar Prof. Dr. Muhaya punya slot dalam ikim.fm: Jom Audit Diri. Prof cakap, setiap hari, list kan perkara yang kita tak suka tentang diri sendiri. Then, list lak perkara yang akan kita improve esok. Here's my list:

Perkara yang tidak disukai hari ini:

1) Tak manage time dengan betul. Banyak buang masa dengan tengok movie, tweeting, facebooking, tumblring, yeah wasting time doing nothing.
2) Demotivated, hopeless, helpless. Duhh~ >_<

Perkara yang perlu di-improve esok:

1) Perlu lebih hargai masa. Kurangkan masa tweeting nothing. Kalaw dok tweeting or facebooking sal Herbalife acceptable la. :D
2) Esok kena semangat! Semangat! Dan semangat! :D


Maher Zain - InsyaAllah

Dan inilah lagu yang selalu menjadi teman aku waktu sedih. :")

Lifetime Experience

Assalamualaikum WBT

Have you had your shake today? I had! Flavor whattt? <-- gaya Aiman Azlan. Strawberry! :D

Minggu lepas adalah minggu yang sangat hectic. Tests. Assignment.Training basikal. Nasib baik aku part-timer Herbalife, boleh kerja ikut masa. Memang minggu lepas, sehari 30menit ja kott aku bisnes. Alhamdulillah rezeki tetap ada. :")

Training basikal? Ahh yes, aku masuk Mountain Bike Relay. Tak percaya khan? Khan? Aku pon tak percaya. Tapi, don't know why, sejak sejak consume Herbalife ni, rasa makin sihat bertenaga, tu yang sibuk nak join sukan here and there. :D

BTW, yes mountain bike tu punya track 32KM, gilos kan? But, no problem! Tu yang aku training basikal tetiap hari. Join gym siap. Aku commit training dalam masa seminggu sebelum game. Training kul 5 petang - 7 malam everyday. Alhamdulillah after training takda masalah muscle pain semua, bertenaga lagi. Balik malam tu boleh study . :D

Hari kejadian: Aku baru taw yang Mountain Bike Relay ni bukan pakai track jalan tar tu. Ingatkan boleh berlalalala atas basikal sambil bekenalan dengan kawan baru. Rupanya off-road punya track! 

Pusing tasik, masuk hutan, lumpur, batu bata, kayu kayan semua. Ya Allah, serius mencabar!  Lepas tu time berbasikal tu takda urusetia yang jaga dalam hutan tu. Jarak between players lak sangat jauh. Aku dok berdoa minta Allah permudahkan urusan, bagi aku semangat untuk kayuh ja! Serius kena tinggi self-motivation. Time tu jugak aku duk bayangkan ular keluar tetiba laaa. Pelik kan? *fyi, aku tak pernah camping, so memang tak pernah masuk hutan ni semua, tu jadi cenggitu.*

Macamni laa keadaannya, tahu? Plus lumpur-lumpur lagi. And track-nya lagi kecik.
Aku siap terjatuh dalam lumpur. -..-


Aku lak bukan la penunggang basikal propesional, mana reti nak tukar gear yang sesuai untuk lumpur, naik bukit, laluan berbatu semua. Aku redha jaa pakai gear apa tah yang kawan aku pakai sebelum ni. Sadis lak rasa.

Walaubagaimanapun (peh siap penanda wacana), aku berjaya habiskan the race. Group kami, wakil Fakulti Sains Kesihatan manage untuk dapat tempat ke-4. Not bad kan? Bhahahaha.  :D

Oh yea inilah kami berlima. See? Bermandikan lumpur. Tak pernah aku kotor cemni taw!
Tapi kan, best jugak sekali sekala jadi comot cemni. :D


P/S: This is an experience of a lifetime! Priceless! Boleh cerita kat anak-anak nanti. #Eh #tetiba

Friday, November 2, 2012

Alphabetical Facts

  • Assalamualaikum WBT

Have you had your shake today? Belom? Okay, patotla nampak macam takda energy ja. :P

Harini supposed to be hari yang busy, sebab aku ada assignment untuk disiapkan. Tetapi, memandangkan aku flight of idea seketika, so aku main benda ni sat. Amik dari Tumblr.com rasanya. :D

  • A: Age. 22
  • B: Where I'm from. Kedah
  • C: Where I would like to live. Kedah
  • D: Favourite food. Anything yang dimasak oleh my mom!
  • E: Religion. Islam
  • F: Sexual orientation. Straight!
  • G: Single/taken. Single
  • H: Favourite book. La Tahzan: Jadilah Wanita Bahagia, Di Mana DIA di Hatiku, Langit Illahi.
  • I: Eye colour. Black-brown
  • J: Favourite movie. Ayat-ayat Cinta, Princess Diary, Mohabbatein, 100 days with Mr.Arrogant, A Stupid Little Thing called Love, etc
  • K: Favourite TV show. Desperate Housewives, Survivor, Amazing Race,etc
  • L: Favourite band/singer. My Chemical Romance, Maroon 5, DBSK
  • M: Random fact about me. I procrastinate things a lot lot lot! Dan saya sukakan SENI ! :)
  • N: Favorite day of the year. 2nd January 1990. The day my mak bertarung nyawa untuk melahirkan saya. Thank you mak! ILYSSM! <3
  • O: Favourite colour. Turquoise
  • P: If I have any pets; if so, their names. Kitty
  • Q: What I'm listening to right now. A sound of TV, sound of kipas, my adik sembang and bunyi plastik that my tok tengah pegang. :D
  • R: Last movie I've watched. Can't recall.
  • S: What's my ringtone. You Came To Me - Sami Yusuf
  • T: Favourite male character from a TV show. Fahri from Ayat-ayat Cinta
  • U: Favourite female character from a TV show. Aisyah from Ayat-ayat Cinta
  • V: What my name means. Nurul Husna: Cahaya Kebaikan
  • W: Favourite superhero. None of them are my favourite. Pakai baju gaya tak pakai baju. -..-"
  • X: Celebrity crush. Lee Min Ho <-- current celebrity crush. Brad Pitt <-- former celebrity crush
  • Y: My birthday. 2JAN1990
  • Z: Ever self-harmed? Err. No. I think. O_O

Okay siap! Teruskan mencari idea buat assignment! Jom!

P/S: If I update the next entry in 10 minutes, meaning that, memang aku takda idea nak karang assignment T__T 


Zzzzzz. Kena minum Tea Mix dulu. Otak asyik lemlembab ja. -.-"


Monday, October 8, 2012

Dekat dan Jauh

Assalamualaikum WBT

Have you had your shake tonight? :D

Sebelum tu, are you a gadget lover? <-- (Taktau lah kesampaian tak pertanyaan English aku ni). So, adakah anda semua pengikut setia gadget (main fokus: smartphone) ?

Before this, aku bukan jenis I follow gadget yang canggih manggis ni. I mean aku tahu lah, dah release Samsung blabla, Blackberry blabla, Iphone blabla. Cumanya, aku jenis tak berminat nak beli-beli benda ni sebab aku rasa macam rugi. At the end, fungsi benda-benda ni back to basic: calling and texting. Not to deny, smartphones ni ada la adds-on yang aku suka: Internet & Games. :D

|Google|

Somehow, aku tak kisah sangat internet dekat phones ni sebab tak best pon online kat situ. Back to old timer, online guna laptop gak best. Games kat laptop pon best. Besaq gabak!

Tapi, sejak masuk sem ni, best friendsss aku pakat pakai smartphones. Masing-masing duk online, update status, komen-komen kat FB, whatsapp, main game siap. Walaupun aku agak jeles depa boleh online dengan bahagia, sedangkan aku kena dengar lecture, tapi aku tabah lagi.

"Kalau ada smartphones, nanti online dalam kelas, tak baik." Okay, hati kecilku berbisik.


-|Tumblr.com|

Haha. Comelnyaaa! Geram! T__T Okay. Gambar takda kaitan! Sila teruskan pembacaan. 


Then, bila habis kelas. Di cafe or di bus stand. Masing-masing keluarkan phones, online, whatsapp.
Aku -__-". Mulalah sadis! Gaya macam makan sorang-sorang, tunggu bus sorang-sorang, takda kawan nak bersembang!

Aku kuatkan hati lagi sebab aku fikir nak beli smartphone, paling-paling pon terbang RM1000. Baik aku simpan, kumpul duit tiket pi travel mana-mana!

|Tumblr.com|

So for the time being, aku bawak buku, bila-bila masa free, takda kawan nak sembang, aku baca buku. Lagi bagus kan? Buehehe! ;)


P/S: So, yang ada gadget tu, jangan nak pinggirkan kawan yang takda gadget tu. Sadis taw. T_T

P/S/S: Nampak tak? Teknologi tu mendekatkan yang jauh, menjauhkan yang dekat. Huh. >__<"

Potret Wajah

Assalamualaikum WBT

Have you had your shake today? :")

Aku pernah berjanji untuk tulis blog bila mana tengah gembira saja. Sebab di luar sana, orang nampak aku as a happy-go-lucky person. Maybe sebab aku selalu portray muka aku yang happy, gelak-gelak, buat lawak depan semua orang. So, I try to portray the same thing here. :)

|Tumblr.com|

Perempuan ni complicated sebenarnya. (Tak adil lak aku pi sepah semua perempuan ni complicated. HOHO) Sebenarnya aku yang complicated, kadang-kadang tetiba ja sedih. Dengar lagu sedih, jadi sedih. Baca cerita sedih, jadi sedih. Tengok drama sedih, jadi sedih. Complicated kan? Entahlaa.

Tapi the best thing is, aku selalu akan cepat-cepat keluar dari that situation. <-- (puji diri sendiri) ;D
Tak elok bersedih lama-lama ni, awet tua lagi ponn. HOHO

Selalunya, what I do, bila sedih, ambil wudhuk, solat, then cerita pada Allah semuanya melalui hati. Nangis puas-puas. Lepas solat, baca Al-Quran. Alhamdulillah sedih itu hilang. Then, boleh senyum balik dekat semua orang. :)

|Tumblr.com|


Kalaw tengah off-solat, masa tu aku akan teringat blog. Bukan maksudnya tak boleh mengadu pada Allah, boleh. Tapi, bila tak sujud, tak dalam wudhuk, tak dalam bertelekung, tak dalam solat. Rasa jauh, rasa tak lengkap, tak puas.

You guys, lelaki sangat beruntung, tiap-tiap hari boleh jumpa Allah. Perempuan ni, bila masa hari tak dapat 'dating' dengan Allah, rasa down sangat. T__T
Dan ofkos, setiap apa yang Allah jadikan, ada hikmahnya. :)
P/S: Selalunya entri waktu tengah sedih, tengah down, aku simpan dalam draft. Tapi, this time, aku publish. Kenapa? SAJA! :D

P/S/S: You guys boleh baca tentang anatomy&physiology perempuan, Allah sertakan macam-macam hormon dalam badan perempuan, susah nak faham sebab very complicated. Yes. Woman is complicated.

P/S/S/S: By the end of writing this entry, emosi aku sudah pon kembali stabil. Pelik kan? HOHO :D

Friday, October 5, 2012

Memilih dan Dipilih

Assalamualaikum w.b.t

Have you had your shake tonight? YES! I had! :D

Tadi aku ada terdengar cerita tentang kisah-kisah percintaan. Ada satu kisah ini, agakla menarik perhatian aku sebab aku ada different perspective and opinion. Okay, situasinya more or less macam ni.

" Ali (bukan nama sebenar) bercinta dengan Ani. Setelah sekian lama bercinta, tiba-tiba Ali buat hal, ter-bercinta dengan seorang perempuan lagi, namanya Ati. Ali kemudian kantoi dengan Ani. Ani ponn sebulat suara suruh Ali buat keputusan, pilih antara dirinya (Ani) dengan perempuan lagi sorang(Ati).... "

Faham the situation?



Aku cuma nak express kat sini yang if I were in that situation, aku tak akan bagi option macam tu dekat lelaki tu. It just, bagi aku la, aku rasa macam diri aku ni unworthy bila biar orang pilih-pilih kita macam tu. Rasa macam tak bernilai. You know, macam... macam tu lah! (Wordless. Bila dah jumpa that suitable words, I akan letak di dotted line tuh nanti.)

Bagi aku, if you love someone, you'll love only that person, no one else. If you suddenly ada dilemma, meaning that your love for that someone earlier tu tak mendalam mana pon la. Dalam situasi di atas, dapat lihatlah yang Ali ni takda lah betul-betul sayang dengan Ani.

So, if I were in that situation, rather than bagi lelaki yang tak guna tu buat keputusan, baiklah I sendiri yang buat decision, which is to end the relationship, of course. Kemudian, boleh muhasabah diri balik tentang perkara yang dah lepas-lepas tu, apa yang kita buat masa bercinta tu, etc. 


Girls, please love yourself. Make yourself worth. Jaga maruah kita. :)

BTW, I always love this quotes:

"Don't care too much. Don't love too much. Don't trust too much. Because that 'too much' will hurt you so much."
(Applied untuk percintaan sebelum nikah sahaja)

About percintaan sebelum nikah lak.

ALLAH SWT berfirman:

" Janganlah kamu menghampiri zina . 
Sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(surah al - Isra' 17 : 32)


"La taqrabu al -zina"
(Janganlah kamu menghampiri zina)



Cinta High Class. Cinta selepas nikah. InsyaAllah. :") <-- tanda terharu + malu.

Semoga kita semua dijauhkan dari perkara yang menghampiri zina. Amin. :)



Saturday, September 29, 2012

Steamboat & BBQ Best

Assalamualaikum w.b.t 

Have you had your shake today? Hihik soalan wajib. :D

Semalam pi gathering kawan-kawan time diploma dulu. Kami start bertolak pukul 7.00 malam, convoy ramai-ramai (7 biji kereta) nak pi serbu steamboat dekat Kuang-D'Manggis Cafe. Ni percubaan kedua pi steamboat tu. Percubaan pertama, sesat tengah jalan, end up pi Damansara, makan kat Ice Room. HAHA :D

Percubaan Kedua, Alhamdulillah sampai. Pi solat dulu, then MAKAN!!!

Makanan sangat banyak! So, bolehlaa nak sepah makan banyak mana ponn. Steamboat kan. :D


Haaa sedap! Daging rempah and daging black pepper tuuuu. Sup yang sedap lagi ohseemmm! *drooling* :|*


Posing sat sebelum makan. The fact nya, lepas makan ni, semua tunduk tak angkat kepala dah. Punya pulun makan, badak sumbu lalu depan ponn tak nampak.


Makan, makan dan makan. Meja kami makanan sangat banyak sampai budak-budak laki kagum dengan perut kami, makan tak benti. Haha. Baru berbaloi dengan RM20! And memang berbaloi-baloi ponn! Aku ponn pulun makan tak hengat hapa dah, sampai makanan naik sampai level tekak, tunduk sikit keluar semua. :D

Aktiviti standard lepas makan, perut dah kenyang, selepas mengucapkan Alhamdulillah ialaah... POSING! Haha standard lah kan? :D


Lepas makan and kumpul lemak + kalori dalam badan, masa untuk minum Tea Mix Herbalife. Bakar balik calories and lemak2 tadi. Nampak tak atas meja tu, yang bulat merah tuuu. Hoho :D


Aktiviti mengunyah, menelan, dan menggelak yang melampau mengakibatkan tudung hilang simetri. Jadi bentuk hapa tah. Malas layan! Nampak tak button tu? 
TURUN BERAT BADAN, TANYA SAYA BAGAIMANA! :D


Ada 2, 3 ketol yang tak sempat nak bergambar. Duk makan, tak keluar kedai lagi. 

"Makan sampai Lebam!"

P/S: Pada tika dan saat ini, tengok gambar-gambar makanan ni, serius laparrrrrr! Nak makan lagi camni. T___T

 Dan, pesanan dari penaja:

Turun Berat Badan, TANYA Kami Bagaimana! :D

Friday, September 28, 2012

Recipe: Ice cream Chocolate Shake

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi! HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY???

I had! Ihiks. Pagi Jumaat yang penuh barakah ini, aku berazam untuk cuba resepi sarapan pagi yang baru. Jom cekkidout!

F1 Chocolate Shake + Full Cream Milk + Oat

Masukkan air sejuk ke dalam blender. Then, masukkan ketiga-tiga bahan di atas ke dalam blender. Ni tiga bahan wajib yang aku masukkan tetiap kali bancuh Shake. Sebab, well I kan nak naikkan berat badan, so kena la tambah calories intake. :D

And this morning, I ada add 1 special ingredients yang memang ohhhsemm! Iaituuuuuu............

Ice cream! Strawberyy-vanilla ice cream!

Then, masukkan ice cream tersebut. Tutup blender dan blend, for a few minutes. Then tambah lagi air, blend lagi sekali till semua ingredients dah blended and mix together. Kemudian, boleh minum!


About the taste, mestilah sedap! Cuma bagi saya yang kureng minum manis ni, shake ni rasa agak manis hari ni. Ya laa, pulun tamak haloba letak sampai 3 scoop ice cream. Dari nak sihat, jadi kurang sihat dah! So, boleh kurangkan sikit ice-cream nanti.

BTW, my breakfast today sangat sedap. Taste much better. Not to say sebelum ni taste nya tak sedap. It's good, but this time, better. You should try!

P/S: This recipe untuk gain/maintain weight program only yaa, sebab we'olls perlukan banyak calories. 
Lose weight program, please don't try! :)


Thursday, September 27, 2012

Gembira.Leka.Sedih

"Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama rasanya tak menulis di sini sehinggakan blogger dah bertukar ke interface yang baru ponn dah tak perasan.

Tak tahu kenapa, tapi setiap kali hati rasa tak gembira, baru teringatkan blog, nak tulis di blog. Tempat kedua untuk mencurahkan hati dan perasaan, selain bersujud di tikar sejadah.

Hati yang sedih ni akan rasa lebih tenang bila bersujud, dan menumpahkan air mata di tikar sejadah, di hadapan Allah. Seolah-olah rasa begitu hampir dengan Allah. Pernah beberapa kali saya meminta untuk sentiasa bersedih, kerana sejujurnya, hanya dengan berada dalam kesedihan, hati terasa begitu dekat dengan Allah.

Malu. Kerana sesaat sebelum bersedih, saya leka melupakan Allah. Solat dihujung waktu. Solat seperti berada dalam pertandingan. Berlumba untuk menghabiskan dalam masa yang paling cepat.

Saat bersedih, Allah jadi tempat mengadu. Saat bersujud dan berdoa, air mata mengalir bak hujan lebat, turun membasahi pipi. Sesaat kemudian, hati menjadi tenang dan gembira, kembali melupakan MU, Ya Allah.

Sesungguhnya aku hambaMu sangat mudah lupa. T.T

Aku ingin berubah. Sedang mencuba untuk berubah. Dan telah berubah sedikit demi sedikit. Menjadi seorang yang sentiasa mengingatiMu, Ya Allah. :")

Kurniakan aku sahabat-sahabat yang bisa bersama-sama denganku dalam jihad ini. Kerana sesungguhnya, aku insan lemah, terlalu mudah terpengaruh dengan syurga duniawi. T.T


Amin. :") "



Friday, July 20, 2012

Perubahan Bermakna

Assalamualaikum WBT

Apa khabar blog yang sudah lama ditinggalkan? Kalau ibaratnya blog ni sebuah rumah, pasti sudah berhabuk dan berhias sawang oleh labah-labah. Tugas hakiki seharian untuk dunia dan bekalan akhirat membuat aku kekurangan masa dan kehilangan minat untuk menulis di sini.

Aku sekarang, tengah merangka perancangan aktiviti untuk cuti semester ini. Bagi yang mengenali, mungkin sudah lebih arif tentang aktiviti aku sekarang. Bagi yang kurang mengenali, aku sedang belajar untuk terbang, terbang tinggi, nun di atas langit sana. InsyaAllah.

Kepada yang mengenali dan bertanya tentang perubahan diri aku dan family, di sini aku mahu ungkaikan satu rahsia. Ya, sebuah rahsia yang kini menjadi cerita untuk dikongsi untuk kebaikan kita semua.

Biar cerita ini bermula dengan pembuka cerita, mak aku sendiri. Seorang yang mengalami masalah berat badan iaitu kegemukan seberat 79kg, selalu pitam akibat rendah kadar Hemoglobin (darah merah), gastrik selama 14 tahun menyebabkan sentiasa letih, tidak bertenaga dan tidak ceria. Alhamdulillah, selepas menemui rakannya, Cikgu Zaini, dan membuat keputusan untuk memberi peluang kepada kesihatan badannya, ini hasilnya.


Cerita berkembang apabila abah aku, setelah setahun menutup peluang untuk diri sendiri, akhirnya membuat keputusan untuk berubah apabila tidak mahu lagi membawa badannya yang berat, ketika itu 77kg, juga menderita sakit Herniated Slipped Disc, tidak mampu berdiri dalam waktu yang lama, akan rasa panas di kedua belah kaki dan resdung yang membuatkan allergy pada debu. Alhamdulillah, Allah telah memberi hasil kepada keputusan yang diambil oleh abah. :)



Kemudian aku, si penulis cerita, mengalami masalah berat badan yang berkurangan walaupun makan banyak tak ingat mati, senggugut teruk sehinggakan doktor prescribed pain killer dan selalu mengantuk tak kira waktu. Hih. Sampai sahabat-sahabat selalu mengutarakan pertanyaan yang masing-masing sudah tahu jawapan. "Husna, ko ni pernah tak kalaw tak mengantuk?". Dan jawapan aku, hanyalah sebuah sengihan. Aku juga telah mengambil satu keputusan bernilai dan Alhamdulillah nilainya sangat tinggi.



Perkongsian saya berhenti di sini. Ini adalah cerita benar yang telah ditulis dan dirakamkan oleh Allah di dunia realiti dan saya menulisnya kembali di dunia maya. Semoga bermanfaat. InsyaAllah. ^__^

Saturday, May 5, 2012

Cara Hilangkan Stress/Sedih

Assalamualaikum.

Memandangkan aku pun tengah stress, I mean taklaa stress sangat. Supposed to be stress but I'm cool with it, Alhamdulillah. Okay, sebenarnya aku nak bagi tips hilangkan stress. Well, apa yang aku buat bila stress/sedih.

1. Solat Fardhu + Solat Sunat + Berdoa
Okay, sebelum stress ponn mesti solat kan? So, bila stress/sedih, solat lagi banyak, lagi lagi lagi banyak. Bangun malam-malam solat. Kalaw macam aku, bila dah tido susah nak bangun balik, so aku solat sebelum tido. Time solat tu pastikanlah khusyuk, jangan duk ingat benda lain.
Hadirkan sepenuh hati dan minda kita kepada Allah. Lepas solat, berdoa pada Allah.

 Minta pertolongan bersungguh-sungguh dari Allah  untuk dipermudahkan semuanya. InsyaAllah, tenang. :)


2. Bacalah Al-Quran + Berzikir
Kalaw aku, lagi stress, lagi jiwa tak tenang, lagi hati tak tenang, lagi baca Al-Quran dan zikir. Baca, baca dan baca sampai tenang. Aku lagi suka baca sekali dengan tafsiran, kalaw tak, baca tapi tak paham apa yang Allah nak sampaikan kat kita, rasa macam rugi. Betul tak? :)

"Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan ALLAH"

Trust me, Allah's beautiful words will keep you strong, they will held on, even when you couldn't. InsyaALLAH. Amalkanlah. :)

3. Baca kata-kata semangat/motivasi.
Okay, aku sangat suka baca kata-kata motivasi. Sejak dua menjak ni, aku jumpa lubuk kata-kata motivasi bergambar di Tumblr. Fuh, memang awesome, aku sangat suka baca.
Lagi satu, aku suka baca buku 'La Tahzan: Jadilah Wanita yang paling Bahagia' (Dr.Aidh Abdullah,2012). Buku ni tersangatlah best, ulang baca banyak-banyak kali ponn tak bosan, serius! Tapi baca saja without any self-reflection, no use jugak. So, baca dan muhasabah diri kita. Baru berkesan.
Okay, sila tengok dekat sebelah kanan blog ni, ada motivational words kan? Those are my favourites. :)

4. Menangis
Aku suka nangis. Teruk kan? Dulu, bila stress/sedih, I used to nangis dalam bilik air, u know, masuk bilik air, buka shower, buat-buat mandi, then nangis, so takda orang akan dengar aku nangis, somehow hari tu kantoi, abah dengar bunyi aku nangis dalam toilet. HOHO -__-".

Then, kalaw tengah malam sedih, tak praktikal tetiba nak buat-buat mandi. So, aku buat-buat tido plak, then nangis puas-puas atas bantal, tapi kena pandai kontrol la, jangan bagi orang dengar sebarang bunyi, aku dah terer nangis tanpa bunyi, keluar air mata ja. HAHA. Somehow, hari tu kantoi sebab adik aku nampak bantal basah. -__-". Tapi sikit sebanyak bila nangis, stress tu kurang sikit. :)

But trust me, menangislah depan Allah, menangis ketika solat, menangis time berdoa and menangis masa baca Al-Quran adalah the biggest relief feeling ever. Rasa tenang setenang tenangnya. Percayalah. :")



5. Bersukan. -Main badminton
Kalaw aku yang terer main badminton ni, bila stress aku main badminton. So, aku gambarkan shuttlecock tu adalah stressor, bila shuttlecock mai, pukul kuat-kuat bagi dia pergi "Pi hang dari sini!", haa cakap macam tu dalam hati. Tapi bila dah main badminton over sangat, ada la price to pay, lepas main, sakit lengan pulak. So, bersederhanalah bermain. HOHO.

6. Pekup muka dengan bantal, then jerit.
Okay, yang ni dumb sikit. Senang ja, tutup bantal dengan muka, then jerit kuat-kuat. Bezanya lepas jerit tu, sakit tekak, stress tak hilang ponn. End up, kawan aku yang dekat katil atas terkejut dengar aku jerit.  -___-"


Ingat ni: "Allah SWT tidak akan membebankan seseorang dengan sesuatu diluar kemampuanya."

Okay, that's all tipsnya. Anything to add? Comment below. So, for those yang tengah stress macam aku; Just be positive, there will be a rainbow after the rain. It's only a matter of time. Jangan bersedih lama-lama kerana dunia tidak layak ditangisi. Smile. ^__^

Thursday, May 3, 2012

Percubaan Mandarin II

Sem ni aku belajar Mandarin level II, so konfident ponn agak bertambah. Satu petang yang bening lagi hening, lepas kelas Mandarin jugak, aku keluar pi kedai kasut. Macam biasalah, tauke kedai kasut selalunya Cina.

Ntah dari mana mai semangat, tetiba rasa nak prektis cakap Mandarin. Kebetulan kelas tadi belajar topik 'Mai Dongxi' (Membeli Barang). Dah siap pilih selipar, aku ponn bukak buku Mandarin sat, nak ingat balik dialog nak prektis cakap dengan auntie tu. Dah hafal dialog, aku ponn pi dekat kaunter.

Aku: Ni hao auntie. Duoshao qian? (Selamat sejahtera auntie. Berapa harga ini?)

Auntie: Oh sorry aaaa, auntie tak reti cakap Mandarin. Dari kecik dulu sekolah melayu.

Aku: -__-" Eheh, okay auntie, takpa, berapa harga ni auntie? *Fine, maluuuuuuuu! T__T"


So, again, percubaan kedua... GAGAL!    TT___TT""

Sunday, April 29, 2012

Percubaan Mandarin I

Study kali ni kan aku  belajar Mandarin. So, bila dah belajar, aku ponn nak la praktis cakap dengan orang sebab well, kan orang putih cakap "Practice Makes PERFECT". Kelas Mandarin yang pertama, laoshi (cikgu) ajar tajuk 'Pengenalan Diri'.

Kebetulan lepas kelas, aku keluar beli barang dekat Tesco. Okay, aku start cari target untuk aku cakap mandarin.

Tetiba, aku nampak ada budak cina dalam umur 3 - 4 tahun ni tengah main dekat so-called playground (tataw apa namanya mainan tu) yang dekat food court tu. Budak kecik, so mungkin level bahasa dia lebih kurang aku. Dengan yakin sambil revise dialog time kat kelas tadi, aku ponn pi dekat budak kecik tu.

~~~~~~

Aku: Ni hao. Ni jiao shenme mingzi? (Selamat sejahtera. Nama awak siapa?)

Budak Kecik: Ni hao. Wo jiao chong chiang chong chiang bla bla bla bla
                
Aku: -_____-" Err, okay la adik, akak pergi dulu. Bye.  *okay, aku tak paham, cepat sangat dia cakap*

~~~~~~~~

Lepas sengeh kat budak tu macam kerang busuk, so aku ponn blah jauh-jauh. So, percubaan Mandarin yang pertama.... GAGAL! TT__TT"" 
Tsk~

Saturday, April 7, 2012

Mata dan Air

Mata,
kau banyak berjasa padaku,
titisan air mata ini sentiasa mengalir deras bila hatiku tersentuh,
menemani aku disaat kesedihan,
kesepian,
dan air mata ini menjadi saksi aku dan Yang Maha Besar,
ketikaku sujud menyembah pada Yang Esa.

Mata,
terima kasih kerana mata ini sentiasa mengajar aku erti sabar,
sabar untuk menahan gegaran hati,
yang hampir mengugat keimananku.

Mata,
aku tahu pasti kau letih untuk menangis,
dan kadangkala hampir kering air matamu untuk mengalir,
maafkan aku mata,
aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan memberi keinsafan padaku,
tentang nikmat yang amat berharga ini,
kerana jika tiada mata bagaimana hendak aku melepaskan amarah pada diri ini?

Menangislah wahai mata,
seandainya diri ini masih memerlukanmu,
selagi rasa syahdu terus meratapi,
selagi Allah meminjamkan padaku,
selagi aku masih hidup di muka bumi ini.


P/S: Sangat-sangat suka tengok bulan. Menenangkan. ^_____^


Saturday, March 31, 2012

My Lighters

Assalamualaikum dan selamat malam.

Selamat berhujung minggu. Selamat menyibukkan diri dengan tugasan hakiki seorang pelajar.

Selamat tinggal sorang-sorang dalam bilik. :(

----------------------------

"Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka."


My dearest abah, mak, adik-adik, I really really miss each one of you. TT__TT



Especially you, you, you, my little darling, Muhammad Faris Wajdi, I miss you so so much. 
You came into my dream last night TT__TT

Boy that would never break my heart. All he know is making my heart go smile all the time. :)


P/S: I cannot remember a moment in my life when I have not felt the love of my family
I love all of you. You lights up my life with lots and lotsa loves.  ^__^ <3


Thursday, March 29, 2012

No Limit

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

Selamat berseronok sebab kelas kansel. Selamat membuat assignment. 

Selamat memerah otak mencari idea baru untuk projek yang asyik kena 'reject'. TT__TT



"There are no limitation in what you can do. Except, the limitation of your own MIND."

Okay, dah siap kerja nanti, kakak picit pipi awak sampai merah boleh? 
I can do that kan. HAHA ;D


Selamat memotivasikan diri sendiri.   n__n

Monday, March 26, 2012

Stay Strong. Never Give Up.

Assalamualaikum dan Selamat Malam.

Selamat study. Selamat buat assignment. Selamat sambil mendengar radio. :)


" Kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujuNya yang SATU, berbagai dugaan yang menimpa, meratah keimanan kita satu persatu. Kekadang rasanya tak mampu, kadang-kadang mahu beralah tapi di sana ada kebahagiaan hakiki. InsyaAllah. "


"Stay Strong. NEVER Give Up" 


Sekian. Terima Kasih. ^__^

P/S: Suka tengok cara Wardina Safiyyah. She's one of the best idol, a good muslimah idol. 
She inspires me a lot. Oh~ I wish to be like her one day. :")

Sunday, February 26, 2012

Renungan Muslimah Solehah

Dapat dari Facebook page Renungan Muslimah Solehah. 
Suka ayat ni. ^__^



Allah mempertemukan kita dengan orang-orang dalam berbagai karakter bukan tanpa maksud...


Ketika kita dipertemukan dengan orang yang pemarah, maka sesungguhnya Allah tengah mengajari kita erti kesabaran..

Ketika kita dipertemukan dengan orang yang pendendam, maka sesungguhnya Allah tengah mengajari kita erti sebuah pemaafan..


Ketika kita dipertemukan dengan orang yang pembohong, maka sesungguhnya Allah tengah mengajari kita erti kejujuran..


Ketika kita dipertemukan dengan orang yang pengkhianat, maka sesungguhnya Allah tengah mengajari kita erti sebuah kesetiaan..


Ketika kita dipertemukan dengan orang yang sombong, maka sesungguhnya Allah tengah mengajari kita untuk rendah hati..


Ketika kita dipertemukan dengan orang yang perhitungan, maka sesungguhnya Allah tengah mengajari kita erti sebuah keikhlasan..


Ketika kita dipertemukan dengan orang yang pembenci, maka sesungguhnya Allah tengah mengajari kita erti cinta..


Ketika kita dipertemukan dengan orang yang kejam, maka sesungguhnya Allah tengah mengajari kita erti kasih sayang..♥`

Allah sengaja mempertemukan kita dengan orang-orang yang bermacam-macam sebelum kemudian mempertemukan kita dengan orang yang tepat agar kita mensyukuri kurnia-Nya.. ♥`

Semoga bermanfaat..
Salam Santun.. hihi ^__^ ♥`