Saturday, May 5, 2012

Cara Hilangkan Stress/Sedih

Assalamualaikum.

Memandangkan aku pun tengah stress, I mean taklaa stress sangat. Supposed to be stress but I'm cool with it, Alhamdulillah. Okay, sebenarnya aku nak bagi tips hilangkan stress. Well, apa yang aku buat bila stress/sedih.

1. Solat Fardhu + Solat Sunat + Berdoa
Okay, sebelum stress ponn mesti solat kan? So, bila stress/sedih, solat lagi banyak, lagi lagi lagi banyak. Bangun malam-malam solat. Kalaw macam aku, bila dah tido susah nak bangun balik, so aku solat sebelum tido. Time solat tu pastikanlah khusyuk, jangan duk ingat benda lain.
Hadirkan sepenuh hati dan minda kita kepada Allah. Lepas solat, berdoa pada Allah.

 Minta pertolongan bersungguh-sungguh dari Allah  untuk dipermudahkan semuanya. InsyaAllah, tenang. :)


2. Bacalah Al-Quran + Berzikir
Kalaw aku, lagi stress, lagi jiwa tak tenang, lagi hati tak tenang, lagi baca Al-Quran dan zikir. Baca, baca dan baca sampai tenang. Aku lagi suka baca sekali dengan tafsiran, kalaw tak, baca tapi tak paham apa yang Allah nak sampaikan kat kita, rasa macam rugi. Betul tak? :)

"Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan ALLAH"

Trust me, Allah's beautiful words will keep you strong, they will held on, even when you couldn't. InsyaALLAH. Amalkanlah. :)

3. Baca kata-kata semangat/motivasi.
Okay, aku sangat suka baca kata-kata motivasi. Sejak dua menjak ni, aku jumpa lubuk kata-kata motivasi bergambar di Tumblr. Fuh, memang awesome, aku sangat suka baca.
Lagi satu, aku suka baca buku 'La Tahzan: Jadilah Wanita yang paling Bahagia' (Dr.Aidh Abdullah,2012). Buku ni tersangatlah best, ulang baca banyak-banyak kali ponn tak bosan, serius! Tapi baca saja without any self-reflection, no use jugak. So, baca dan muhasabah diri kita. Baru berkesan.
Okay, sila tengok dekat sebelah kanan blog ni, ada motivational words kan? Those are my favourites. :)

4. Menangis
Aku suka nangis. Teruk kan? Dulu, bila stress/sedih, I used to nangis dalam bilik air, u know, masuk bilik air, buka shower, buat-buat mandi, then nangis, so takda orang akan dengar aku nangis, somehow hari tu kantoi, abah dengar bunyi aku nangis dalam toilet. HOHO -__-".

Then, kalaw tengah malam sedih, tak praktikal tetiba nak buat-buat mandi. So, aku buat-buat tido plak, then nangis puas-puas atas bantal, tapi kena pandai kontrol la, jangan bagi orang dengar sebarang bunyi, aku dah terer nangis tanpa bunyi, keluar air mata ja. HAHA. Somehow, hari tu kantoi sebab adik aku nampak bantal basah. -__-". Tapi sikit sebanyak bila nangis, stress tu kurang sikit. :)

But trust me, menangislah depan Allah, menangis ketika solat, menangis time berdoa and menangis masa baca Al-Quran adalah the biggest relief feeling ever. Rasa tenang setenang tenangnya. Percayalah. :")



5. Bersukan. -Main badminton
Kalaw aku yang terer main badminton ni, bila stress aku main badminton. So, aku gambarkan shuttlecock tu adalah stressor, bila shuttlecock mai, pukul kuat-kuat bagi dia pergi "Pi hang dari sini!", haa cakap macam tu dalam hati. Tapi bila dah main badminton over sangat, ada la price to pay, lepas main, sakit lengan pulak. So, bersederhanalah bermain. HOHO.

6. Pekup muka dengan bantal, then jerit.
Okay, yang ni dumb sikit. Senang ja, tutup bantal dengan muka, then jerit kuat-kuat. Bezanya lepas jerit tu, sakit tekak, stress tak hilang ponn. End up, kawan aku yang dekat katil atas terkejut dengar aku jerit.  -___-"


Ingat ni: "Allah SWT tidak akan membebankan seseorang dengan sesuatu diluar kemampuanya."

Okay, that's all tipsnya. Anything to add? Comment below. So, for those yang tengah stress macam aku; Just be positive, there will be a rainbow after the rain. It's only a matter of time. Jangan bersedih lama-lama kerana dunia tidak layak ditangisi. Smile. ^__^

5 comments:

CG said...

nk try laaa.. :((

p/s : xpyh la tulis org snggup komen,sedih nau baca :O

Qu azniza ;) said...

tips y berguna thanks!

Nurulee said...

@CG

xpalaaa. realiti kehidupan mmg menyedihkan. :P

Nurulee said...

@ Qu Azniza

Terima kasih. Terharu bila tips ni berguna. :")

N.Nasuha said...

Manusia biasa sering lupa dan lalai kepada Allah S.W.T.
Terimakasih kerana mengingatkan.Dan terimakasih untuk tips Nurulee :)