Thursday, May 3, 2012

Percubaan Mandarin II

Sem ni aku belajar Mandarin level II, so konfident ponn agak bertambah. Satu petang yang bening lagi hening, lepas kelas Mandarin jugak, aku keluar pi kedai kasut. Macam biasalah, tauke kedai kasut selalunya Cina.

Ntah dari mana mai semangat, tetiba rasa nak prektis cakap Mandarin. Kebetulan kelas tadi belajar topik 'Mai Dongxi' (Membeli Barang). Dah siap pilih selipar, aku ponn bukak buku Mandarin sat, nak ingat balik dialog nak prektis cakap dengan auntie tu. Dah hafal dialog, aku ponn pi dekat kaunter.

Aku: Ni hao auntie. Duoshao qian? (Selamat sejahtera auntie. Berapa harga ini?)

Auntie: Oh sorry aaaa, auntie tak reti cakap Mandarin. Dari kecik dulu sekolah melayu.

Aku: -__-" Eheh, okay auntie, takpa, berapa harga ni auntie? *Fine, maluuuuuuuu! T__T"


So, again, percubaan kedua... GAGAL!    TT___TT""

4 comments:

CeritaSekupang said...

biasanya orang malaysia banyak yang cakap kantonese...orang negara china dan hong kong yang banyak cakap mandarin ... seingat cs la ...hikhik ... betulkan kalau salah.. :D

Nurulee said...

Org HongKong ckp Kantonese. Tp aunty tu langsung xpandai cakap pa2. Dia reti bhs Melayu ngn English ja. Hoho. :P

umiliza989 said...

hahahhaha...terkoner sudah...

Qu azniza ;) said...

hahaha berani!!!bagus2 cube g nanti