Wednesday, March 26, 2014

Hotel murah di Bangi

Assalamualaikum WBT

Siapa suka duk hotel angkat tangan? Siapa suka hotel murah dan bersih angkat kaki pulak! Haha. Aku suka duk dekat hotel sebab aku suka interior hotel. Cantik! Kemas! Hii :D

So, bila pi mana-mana aku memang akan sedaya upaya untuk cari hotel untuk di-inap. Eh, ada tak imbuhan cemtu? -.-

Btw, siapa yang mencari hotel area Bangi or kawasan sewaktu dengannya, boleh try usha Hotel 101 Bangi ni. Best! Murah pon murah! Rasanya RM60 saja untuk 1 bilik. 1 bilik boleh duduk 2 orang la, tapi kalaw nak sumbat 3 orang pon boleh lg, asalkan 2 orang tu BMI ideal, lagi sorang BMI underweight. Haha. :P

101 Hotel, Bangi



Staff ponn memang comeyy and friendly. :D

Hotel ni dia pakai access card untuk masuk bilik. Selamat la sikit kan? And dia mintak RM50 untuk deposit access card  tu. Check-out nanti dia bagi balik duit. :)

Aku book bilik ni via travel agency sebab masa tu January 2013, kami ada event Herbalife nama Spectacular di Stadium Bukit Jalil. 15,000 manusia di event tu, so memang kena book hotel la siap2. Siap naik bus dari Kedah taw! Haha :D

Berbalik kepada hotel, memang bersih, cantik laa interior bilik hotel tu. Kemas. Eh dah ulang banyak kali kan? Nak buktikan memang kemas. Hihi. Bathroom cantik, ada hot shower. Bath tub takdak sorry. Cuma, pintu bathroom tu mcm kaca lut cahaya sikit, so malu-malu kucing sikit la nak mandi  Keh3. Some budget hotels takda servis kemas bilik kan, tapi hotel ni ada, which is very good! :D

Feature wall tu banyak color. Btw, aku suka bilik yang ada feature wall. Cantik! :)

Dalam bilik ada TV, 2 plug, ada heater dan lain-lain seperti yang ternampak di kaca laptop anda. And yang extra best ada FREE WiFi and it's accessible walaupun di bilik! Yahoo! Bilik memang aircond laa. And takdak tingkap, macam kotak sikit. So kalaw setakat duduk untuk bermalam boleh laa. :)

Hotel ni ada water cooler, iron board and iron di setiap level. Bagi kami Herbalifer sejati ni memang perlu sangat la water cooler ni, untuk mencukupi bekalan ayaq harian. :D

Bawah hotel ni pon ada banyak jugak kedai makan. So, untuk orang yang selalu makan berat waktu malam (which is not good for our health), boleh laa turun makan. Jalan kaki ja. Tapi, aku tak turun pon sebab kami Herbalifer sejati, malam minum Shake jaa. Kenyang. Kurang kalori. Sedap. Penuh nutrisi. Menyihatkan. Hee :D



Aku stay 3H 2M di hotel ni. Bagi aku, hotel ni memang berpadanan laa dengan harga yang kita bayar. Gambar-gambar ni semua adalah ihsan dari Google and Agoda sebab aku memang takdan nak snap-snap aritu. Tapi, hotel ni memang yang macam dalam gambar lah. :D

Overall this hotel is good and recommended for those whom looking for budget hotel near Bangi. :D

No comments: