Wednesday, December 22, 2010

Info: 30 Tanda Jatuh Cinta

Memandangkan tadi aku baru lepas dengar lagu jiwang yang meruntun perasaan so tergerak untuk buat post pasal C.I.N.T.A aka LOVE or dalam bahasa korea SARANG. (bukan sarang burung or sarang nyamuk)



Kembali kepada topik, aku telah terbaca pasal artikel nie and terlintas untuk share dekat sini plak. So masing-masing boleh buat checklist eh. Kalaw lengkap 30 tanda. SAH, terang lagi bersuluh. YOU ARE IN LOVE!
Congrats~

Okay stop repekan! Back to topic.

TANDA-TANDA JATUH CINTA. 
Sila semak eberiwan yerr. (memang perosak English!)


1. Sukar melelapkan mata
Tiap-tiap malam sebelum tidor kan, mulalah teringat-ingat dia. Celik nampak muka dia, pejam nampak muka dia. memang susah la kao nak tido. Last-last bangun blogwalking. Hihi
2. Perasaan sentiasa berdebar
Mulalah dup dap dup dap bila nampak dia, dengar suara dia. Pastu bila nampak nama dia appear online kat YM or Facebook, tetiba pulak tett tett bunyik mesej or call muncul nama dia, memang kao dup dup dap abes. Hihi
3. Suka ambil tahu
Kao mula start busybody and jaga tepi kain pelikat or kain batik dia. Semua pasal dia kao nak tau. Abes kao korek rahsia dia sampai lubang cacing kerawit.
4. Resah gelisah
Kao mula lah rasa resah sana sini, gelisah sana sini bila tengok dia tak datang kelas ke or tak datang cafe macam hari-hari sebelum ni.
5. Dihinggapi cemburu
Bila dia sembang or chit chat dengan kawan-kawan lain, kao ponn jadi jeles sebab kao nak dia layan kao sorang ja. Kejelesan kao tuh sangat lah obvious sampai kawan-kawan lain ponn nampak.
6. Hobi baru, termenung
Muncul pulak hobi baru dalam hidup kao. Bila free free time mulala kao ponn berangan sampai tak sedar khabar orang sekeliling. Maw tak nya sebab dalam kepala kao duk bayangkan si dia ja. Ececey ;P
7. Dating
Ada sajalah alasan kao create semata-mata nak jumpa dia. Padahal kao baru naik atas bilik pas jumpa dia tadi. Dan-dan la kao mesej dia cakap nak pinjam pen lah. So kena jumpa. Okay itu contoh yang over. :P
8. Rindu.
Memang tak terkawal perasaan rindu kao kat dia. Asyek terbayang muka dia ja. Sampai nak study sejarah ponn nampak muka Rentap jadi muka dia. Then kao kelip kelip mata dua tiga kali baru nampak muka Rentap balik. Agi Idup Agi Ngelaban!
9. Bergayut di telefon
Walaupun bil telefon lani mahal. Maxis youth club ponn dah naikkan call rates. Kao sanggop bergayut lama-lama kat telefon dengan dia. Last-last kao penat topup then ambik pulak Celcom 1+5. Save la sikit.
10. Berubah citarasa
Sebelum nie kao minat rock, heavy metal dan hip hop ja. Rock the world man! Bila kao dah tangkap cintan, terus jadi minat kat lagu jiwang-jiwang. Contoh satu lagu jiwang yang best aku bagi: Romance Band-Ku Ingin Kamu.
11. Memberi hadiah
Kao ponn start save duit ikat perot sebab nak bagi dia hadiah. Kalau boleh tiap-tiap hari nak bagi hadiah tapi sebab bajet ciput, ko terpaksa bagi tiap-tiap bulan ja. Tapi yang penting, kalaw time birthday dia, memang kao akan cari hadiah terbaik walaupon mahal. Well, cinta punya pasal beb.
12. Awal ke tempat kerja/ kelas
Kalaw dia satu kelas, satu kolej or satu tempat kerja, kao jadi bersemangat datang awal sebab tak sabar nak jumpa dia. Tak sempat pakgad nak bukak pintu kao dah terpacak kat sana.
13. Lebih rajin
Prestasi or performance kao makin meningkatlah sebab kao lebih bersemangat untuk bekerja and belajar.
14. Menjaga penampilan
Penampilan kao punn tak lagi sederhana, kao terus menjga penampilan. Nak bagi dia tengok kau sentiasa cantik/handsome. Yang lelaki kalaw selalu potong rambut kedai mamak terus pergi ke saloon sebab nak wat hairstyle korea tambah-tambah kalaw dia suka awek macam aku. Hakhak. Yang perempuan pulak sibuk search internet cari style lilitan selendang yang terbaru nak kasi nampak cantik dan bergaya.
15. Defensif
Kao memang sentiasa bela ja dia tuh. Pantang ada orang lain mengata kat dia, mesti kao bagi fire in the hole. Tepat kena sasaran!
16. Merajuk
Pastu kan kao mulalah cepat merajuk. Dia buat or cakap salah sikit, kao ponn merajuk. Sampai sanggup tak makan or tak cakap dengan dia sampailah dia pujuk kao balik. Hehe merajuk manja manja la tuh.
17. Mudah bersalah sangka
Kao cepat bersangka buruk kat dia. Contohnya, kao call dia sampai lima kali tapi tak angkat. Kao ponn mula kata dia dah tak sayang kao and tak bagi perhatian kat kao. Padahal dia dalam jamban cirit birit sebab tuh tak dapat angkat call kao.
18. Sentiasa kata ‘Ya’
Senang senang ja kao jawab 'Ya' walaupun kadang-kadang kao tak setuju apa yang dia kata or apa yang dia suruh buat. Dengan nak pak kao pon, kao tak jawab 'Ya' macam tu, tapi dengan dia kao boleh pulak 'Ya' sna 'Ya' sini.
19. Sanggup berkorban
Sanggup berkorban apa saja demi dia. Dia suruh kau terjun longkang taik sebab nak amek brooch mahal beli dari Korea ponn kao sanggop.
20. Jadi orang lain
Tiba-tiba kao jadi macam pelakon lak. Depan dia punya la kao romantis, tough, macho, ayu, sopan and lain-lain lagi character palsu untuk buatkan dia suka kat kao, Padahal penat kao practice berlakon sebelum tu. hakhak
21. Prihatin
Kao prihatin la sangat sampai nak tolong dia dalam semua aspek. Pokoknya kao memang tak nak tengok dia alami kesusahan langsunglah.
22. Berkhayal
Kao khayal sana kao khayal sini pasal dia sambil tengok-tengok gambar dia kat dalam henpon or facebook. Pastu kao happy bahagia sorang-sorang. Sah angau!
23. Inginkan persamaan
Kau nak ada persamaan dengan dia. Contoh paling senang, sebab aku minat Korea orang yang jatuh cinta kat aku ponn nak minat korea gak. Hihi contoh lah kan.
24. Sumber ilham
Kao memang jadi ilham dia untuk buat sesuatu. Ibaratnya macam lagu Kau Ilhamku. Masa tuh Man Bai tengah angau la sebab tu boleh terilham buat lagu tu. 
25. Pasang impian
Kao pasang impian masa depan dengan dia, bila nak kawin, anak berapa orang, tinggal rumah macam mana and segala jenis impian semua kao pasang.
26. Suka memuji
Kao banyak puji dia. Pantang dia pakai baju apa pon semua kao puji. Pendek kata kao sangat peka dengan penampilan dia.
27. Mulut manis
Kao makan gula banyak-banyak bila dengan dia. Haha takda lah. Kao asyek cakap benda-benda baik ja dengan dia sebab kao takot dia tersinggung lak nanti. Kang merajuk. Ayokk!
28. Tanda ingatan
Kao bagi something untuk dia ingat. Contohnya, kao bagi buku. Then dalam buku kao tulis la something so that nanti bila dia bukak buku nampak tulisan kao yang tak berapa cantik tuh, dia terbayang-bayang kao.
29. Inginkan perhatian
Kao sangat berharap dia boleh bagi perhatian dekat kao, Walaopun sikit perhatian, tu pon kao da cukup bersyukur.
30. Bertekad memilikinya
Dengan drastiknya, kau terus tekad dan nekad untuk memiliki dia walao apapon terjadi. Kao memang sanggop bersedia nak sehidup semati dengan dia.

So, sampai sini saja tanda-tanda ini. So, macamana score checklist korang? Berapa per 30? Bagitaw lah aku. hehe penat aku type tanda-tanda jatuh cinta nie taw. Hihi..
Kalaw korang nak tanda-tanda yang lebih details sila follow link nie: (sumber aku) http://cintadearhaniey.wordpress.com/2008/05/22/30-tanda-jatuh-cinta/#comment-20208
P/S : Siapa yang dapat 30/30 memang kao da IN LOVE.
P/S/S: Siapa yang tak dapat 30/30 (akulah tuh) bolehlaa pupukkan lagi perasaan anda itu. Hehe

13 comments:

Unknown said...

pendekar tiada dalam senarai...haha...

Pendekar Berkuda Di SINI

~SYAZ~ said...

wah~!!!!!
jatuh cinta.. <3
sebagai sumber inspirasi..
hehehe..
makin semangat nak datang kelas..
ngeh3.. ;)

HusnaShuib said...

hehehe 1 tanda dah muncul. tanda-tanda lain ada x?? hehe

Rosalia said...

sy dapat:)
hihihihih
like post ni..

KizZ said...

wah banyaknya tanda-tanda jatuh cinta ya..hehe..
tapi yang pastinya bila seseorang tu dah ada satu tanda,tanda-tanda yang lain mesti akan ikut skali..hehe..

Jom sini,
5 Cara Blogwalking cam besh

HusnaShuib said...

Pendekar: kena cepat2 cari at least 1 tanda hehe.

Rosalia: hehe tahniah2! hihi

Kizz: yepp. hehe tp sape yg full 30 tnada mmg trus kna kwin lah hehe

ayulunera said...

heee....macam kene semue je..oh ayu dilamun cinta rupanya..(cewah)

Hafidzah Hafidz said...

wahhh~ thx 4 da info..like like like..heee~

HusnaShuib said...

Ayu: woah taniah2 anda dilamun cinta hehe. sy xponn lg hoho :)

Hafidzah: hehe tengkiu2.. check out for more info in nx entry taww hehe

Ce'gu JAERA said...

hehehe.. best entri ni. semuanya ada pengalaman suka duka.. Salah persahabatan drpd saya follower---> 89

HusnaShuib said...

hihi waoh byk pngalaman nih. ok salam persahabatan jugak. tengs sbb followed :)

AIMAN said...

indah x cinta? hee
:P

HusnaShuib said...

cinta memang indah, tp kadang-kadang cinta jugak adalah something yang perit n melukakan. ceywah~ cakap cam da pngalaman lak.hehe ;P