Thursday, June 2, 2011

Marah, katalah benci

Assalamualaikum.

Jam pukul 1.00 tengah hari. Harini puasa ganti. Lagi 19 hari nak kena puasa. 9 puasa ganti + 10 puasa nazar. Penat gila, perut mula bunyi grok grek grok grek. Anak tekak mula nanges jerit jerit "nak air, nak air". Ulcer bawah lidah ada dua ketol mula menjadi kering kontang dan menjadi pedih dek kekurangan air.

Cuti cuti memang aku amek kerja jadi housewife lah kat rumah. Cuti sekolah adik aku ada 3 ketol kat rumah. Yang kecik sekali selamat lah baru 3 tahun, so tak mendatangkan banyak problemas cuma dalam keadaan dia nak berpisah dengan
diapers nie. Asyek terberak sana terkencing sini. Jenoh gak aku mengemop rumah sampai 3-4 kali.

Yang masalah, lagi 2 ketol adik. Sorang 15 and sorang lagi 8. Tiap tiap hari, tiap tiap jam kasi aku naik hangin. Kalaw gaduh benda logik, okey fine, biasalah lidah lagikan tergigit apatah lagi adik beradik. Nie gaduh pasal berebut choki choki, lari lintang pukang satu rumah. Payah sungguh umur 15 rasa cam dia kanak kanak duk berebut choki choki lah, air dutch lady lah, twisties lah ngan yang umur 8 tahun. Pokoknya, ada ada jalah nak cari gaduh.

|Google Image|

Aku sebagai kakak mithali nie jenoh bersabor. Kalaw tak mithali, dah aku lontarkan mereka ke Afrika. Kenapa Afrika? Negara nie yang terlintas kat otak. Naseblah~



P/S: Taknaklah anak banyak banyak camnie. Paling sikit 2, paling banyak 4. Cukuplah tuh. Huhu~

2 comments:

syrupmasin said...

haha..bagus kakak macam nih :D

Nurulee said...

@ syrupmasin
bagus eh? kekkekeke xD