Saturday, March 5, 2011

Info: Teknik Penipuan dalam Sayur

Assalamualaikum semua! 

Selesai sudah clinical placement bahagian kanak-kanak a.k.a pediatrics. Huh legaa~ lepas nie bahagian orang dewasa lak.  Lama tak tulis entry. Harinie tetiba aku nak tulis.

Aku tengok la nie semakin ramai sangat dah generasi zaman kini ala-ala zaman moden lagi milennium tak makan sayur. *Ehheem~ termasuklah aku! Kalaw cenggini lah gayanya macam mana nak lahirkan generasi yang berkualiti? Cuba korang pikir.

Huhh ayuhlah ramai-ramai menyahut seruan aku untuk makan sayur! *muka penuh nekad  (>,<)J

So, ini adalah tips & trick untuk menipu
orang tak makan sayur or buah *macam aku* untuk makan benda-banda berkhasiat ini:

  • Nasi Goreng: Potong carrot and kubis halus-halus sehalus halusnya sampai susah aku nak asingkan sayur tuh time makan nanti. So disebabkan malas nak asingkan sayur yang halus mulus ala-ala rambut Harith Iskander tuh, aku ponn telan saja. Aumm~ see sayur berjaya masuk dalam badan!

  • Nasi Putih + Sayur Sawi/Kangkung/Bayam/etc:  Dalam satu suapan tuh, amek sekeping sayur +  4-5 ketul ayam/daging/udang/isi ketam/telor/sotong beserta nasi. Kiranya ratio sayur to nasi sebanyak 1:5 lah. So kompem, bila kunyah tak rasa sayur. Sekali lagi sayur tersebut berjaya meresap dalam badan dengan jayanya!

  • Spaghetti: Untuk yang tak makan tomato, bolehlaa blend tomato banyak-banyak and buat sos untuk spaghetti. Di samping itu tambah la jugak cili, sos prego sikit, garam and lain-lain. Bila makan spaghetti and kuah, tanpa disedari anda telah termakan tomato. 

  • Rojak buah: Sila potong semua buah yang terlibat dengan saiz yang sama. Kuah kasi hitam pekat sikit, so tak nampak buah yang akan di makan. Nak amek buah pelam, tetiba terkunyah timun. Aiyarkk~ 

  • Jus tembikai: Nie kawan-kawan aku selalu buat kat aku. Di kala aku nak bukak puasa. Depa bagi air sirap kat aku dalam bekas separa gelap. So aku nampak air berwarna merah siap ada ais. Pergh~ hirup sampai penuh mulut, tetiba, erkkkk! Jus tembikai! *So sekarang aku lebih berhati-hati bila nak minum air sirap.

So, sekaligus sayur-sayur and buah-buah akan berjaya masuk ke dalam badan anda walaupun sekali. Betol tak? Hak hak hak~
Tengok, sayur ponn happy. Alala kiutnya~ kah kah kah
|Google Images|

Okay, ada paham. Tips and trick nie 100% hasil daripada pengalaman aku sendiri yaa. Tidak ada kaitan dalam mencilok karya yang masih hidup atau yang telah meniggal dunia.

Selamat Memakan Sayur! Kah kah kah~ XD

2 comments:

Siti Safiyyah said...

hehe ingatkan tadi ade kes apek jual sayur busuk ke ape? ;p bagus gak tips ni..;)

psstt : Boleh tolong SS tak? T__T

HusnaShuib said...

hhaha jual sayur ponn bole gk kekekeke ~